Monday, December 30, 2013

Umrah wajib atau Tawaf Qudum?

A033
Kamu beroleh berbagai-bagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya); kemudian waktu menyembelihnya ketika sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu.(Al-Hajj 22:33)

 22 Zulkaedah 1434H = 28/9/2013 

Jam 4am KT50 kena berkumpul di lobi hotel. Dan tidog 2-3 jam saja. Tapi Allah maha kuasa... tak mengantuk pun. Setiap KT yg baru tiba utk tawaf Qudum atau Umrah wajib akan diberi tag oren. Penanda jemaah baru tiba. Selesai ibadah ini, pulang ke hotel tag oren dikembalikan utk kegunaan KT seterusnya.

 Ini gambar ketika hampir magrib. Kredit buat K.has.
Tawaf Qudum? Tawaf ini adalah sunat utk yg akan mengerjakan Haji Qiran dan Haji Ifrad. Ia adalah tawaf selamat datang sebagai menghormati kunjungan kita ke Baitullah. Selepas tawaf (jika dibuat) boleh terus saie haji jika mahu. Jika tidak boleh saie selepas tawaf ifadah (tawaf haji) nanti. Tak de masalah. Yg penting faham bagaimana nak mengerjakannya.


Kredit buat K.Has
Umrah wajib pula utk jemaah yg akan mengerjakan Haji Tamattuk (pilihan ramai). Niat bagi umrah atau haji kita telah lakukan di atas flight lagi utk yg turun terus ke Jeddah. 


PERINGATAN DAN NASIHAT AKU: Buat jemaah wanita, dinasihatkan untuk sentiasa beringat tentang masalah wanita sprt keputihan, cairan, lembapan dsb. Dinasihatkan, selepas setiap kali tawaf, pergilah ke tandas untuk cek ada tak perkara2 yg dinyatakan itu pada panty liner (jangan ada yang fikir ini perkara lucah atau cerita kotor ya, ini  adalah ilmu bagi yg mahu belajar). Jika ada, tawaf kita tak sah nanti. Kalau di cek lepas saie, kita tak pasti pula masa bila benda2 tu keluar. Silap2 jika kita terus bergunting, tak ingat tentang hal ini, dam dah satu hal (SR60 kepada 6 orang- biasanya bagi kat cleaner2 masjidilharam), boleh jadi umrah tak sah! Maka kita tak sedar kita masih dalam ihram.. masyaallah. Kena pulak lepas tu haid datang.. nak cover umrah wajib yg tak sah tak sempat sebelum wukuf... (kalau sempat Alhamdulillah) dah kena tukar dari tamattuk kepada Qiran. Aduhai.. semua ni boleh pening kepala. Jika pi dengan suami, cerita kat depa masalah kita. Kalau tak kita tanggung sorang2, depa tak paham.


Tawaf pertama aku setakat dua pusingan saja di dataran kaabah. Aku dah mula rimas, serabut sebab lihatlah foto ihsan K.Leha ni.. padat! Mampat!


Solusinya, aku ajak suami naik lingkaran yang baru dibina. Alhamdulillah lebih selesa. Bila selesai tawaf, keluar dari lingkaran orang ramai dah disekat2. yg boleh masuk hanya yg berkerusi roda! Ya Allah.. rezeki aku dan suami.. itulah pertama dan terakhir kali aku masuk lingkaran.
 

Ini suasana pagi tu selepas tawaf.


Sambil2 tunggu waktu solat, aku ambil sekeping dua gambag jemaah2 yang ada masa tu.

NASIHAT AKU: Bila masuk masjid, ingatlah di mana kita letak bungkus kasut kita. Laluan mana yg kita lalu utk ke tempat solat. Insyaallah, kasut tu tak ke mana. Yang hilang tu sebab ingatan kita hilang sebentar akibat lalai dan tidak ingat padaNYA.


Hunain gate, ke kananya Ismail gate. Allahuakbar.. aku ingat sangat2 pintu ni. Puncanya, bila dah penuh ruang solat di dalam, maka polis berselubung hitam ni akan halau/suruh kita keluar ke tempat lain. Maka berasak2lah jemaah kat luar.




Akhir utk first and last time, aku tersadai depan Hunain gate (lepas tu dah tau selok belok dalam masjid... Alhamdulillah). Kawasan dataran luar tidak dikira masjid, tapi di situlah aku bersolat utk sekali tu saja bersebelahan Indon2 dan India yg datang menyelit.. sabar..sabar... Untungnya di situ, Alhamdulillah aku dapat lihat jenazah2 di bawa masuk melalui laluan ini, Hunain dan masuk ke dalam masjid melalui Ismail gate. 

NASIHAT AKU: Jadi, bagi jemaah2 yang mahu melihat secara jelas jenazah2, beradalah di dalam masjid berhampiran dua2 pintu ini. Insyaallah, kelibat imam Masjidilharam pun dapat dilihat dengan jelas. K.Aziah roomate aku betul2 ikut petua aku, maka berpeluanglah dia melihat jenazah dari dekat dan wajah salah sorang imam, Masyaallah.

NASIHAT AKU:  Jemaah wanita sekalian, jika ada masalah rajin2lah bertanya ustaz atau ustazah yg ada di sana. PIHTAS- pembimbing ibadah tabung haji atau TAIB - talian ibadah. Mereka amat membantu. Jangan rasa malu kerana ini hal2 sulit... ini urusan ibadah kita dgn Allah. Dan juga, jika keadaan memerlukan, jumpalah kaunselor yg bertugas di sana. Mereka di sana memang untuk membantu para jemaah.

Aku bercerita berdasarkan pengalaman kami 6 orang sebilik dan pemerhatian aku semasa di sana. Mana2 yang boleh disampaikan utk panduan orang lain aku sampaikan. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi utk hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment