Thursday, January 2, 2014

Nak buat apa hari ni?

 A034
Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -(Al-Hajj 22:34)

23 Zulkaedah 1434H = 29/9/2013

Sudah hari ketiga.. nak tepon Mesia camna ni..  Semalam tepon mak guna yang dapat free celcom.. cakap seminit dah SR5..ada lam SR10. Sat je la. Dan habag kata dah sampai... hari ni ramai2 turun bawah cari tepon. Ada i-talk yang disediakan oleh pihak TM la.. Alhamdulillah.. aku sampai boleh hafal no kod kat kertas hijau tu bila nak call mesia.. 1 min = RM1. ok la tu... Yg biru tu mobily saudi. berguna utk sms (dlm 25 sen SR kut) dan calling2 masa di Makkah dan Madinah. Kad bawah tu semua orang dapat setibanya di hotel.. kalau kita hilang kad tu membantu utk org yg nak hantar kita balik.
PERINGATAN: Berhati2 dgn kad mobily yg dijual Bangla, India, Pakistan di sana.. memang depa ja yg banyak bantu pun... bila beli jgn buang kod nombor yg ada pada stiker kuning tu.. hilang yg tu tak dapat nak reload. Silap2 kena beli lain.. Belian SR50 kita maybe dapat isi dalam SR45 atau kurang lagi. SR5 tu depa amik.. memang camtu kat sana. Pandailah cari.
  

So, nak buat apa lepas ni? Jom ke Haram... jarak lebih kurang 700m awal2 tu terasa juga jauhnya. Dah masuk beberapa hari tak rasa dah.. ok je... Tapi bangunan2 antara hotel dan pintu marwah tu dah tak dak.. clear jadi dataran . Bas2 utk jemaah Pakistan, Bangladesh, Turki dsb parking situ. Utk beberapa lama pintu tu la kami masuk sebelum betul2 mahir semua 79 ka 89 pintu yg ada utk ke Haram.
 
Pintu di level atas tidak dinyatakan. Kalau kira kat gambag ni memang tak sampai 70 lebih la. Awal2 di sana cari Babussalam tak jumpa.. Masuk pintu ni ada doa utk dibaca... Rupanya ditutup  sementara memang tak jumpa la...
 
Petang tu aku n suami (ngan sapa lagi.. mana leh jln sorang2 macam kat sini) pi Tana'im utk berniat umrah di miqat terdekat. 5km dari hotel. Cadang nak buat umrah sunat, Insyaallah.
PERINGATAN: Masjid Aisyah di Tanaim adalah tempat di mana kita berniat umrah. Hadapan masjid berada di Tanah Haram. Masjid dan ke belakang di Tanah Halal. Ada yang tak turun kenderaan bila berniat. Tidak salah. Masalahnya jika kita niat di Tanah Haram.. kena dam kalau tak salah aku.. Jadi berhati2 di sini. Jangan main ikut orang ja.. Nak selamat masuk dalam masjid dan niat. Boleh solat sunat sekali.
Gambar ihsan K.Has utk hari tersebut. Jemaah dah padat di dataran menunggu waktu solat.


Alhamdulillah.. untungnya mereka yang hari2 dapat menatap Baitullah.. mendekati.. menjaga dan membersih sebagainya.. moga Allah merahmati dan memberkati mereka.

 Di Bukit Safa (sebutan Sofa) jemaah juga padat dengan yg dok wirid atau zikir dan yang bersaie.


Jemaah2 negara lain memang ramai membawa anak2 kecil. Kita mungkin tak biasa kerana mungkin mengganggu jemaah lain atau kita sendiri..huhuhu.. depa ni dah biasa usung anak2 seusia sebulan lagi utk haji dan umrah.


Jemaah negara begini (bukan yg Malaysia tu na..) cukup suka menyelit celah2 jemaah lain... asal nampak ada kosong sikit depa mai dok berhimpit. Last2 kita yg kecik ni tersepit. Sabar banyak2 la hajjah.. memang gitu keadaannya.
 

Port baik punya utk parking kasut dia. Harap2 tak lupa la tuannya ambil nanti. Masalah ngan kasut ni ada jemaah lain (bukan Malaysia) yg tak boh kasut lam plastik. Pastu letak depan masa solat... alahai.. kan kotor kasut tu... Sabar lagi.. sabar..

Eh..Umrah sunat aku camna? Tawaf dah selesai.. esok la saie.. Aku dah penat... kaki aku dah sakit... Boleh ke camtu? Bolehhhh awat tak boleh pulak.. cuma sunat jika berturut2 antara tawaf dan saie. Ok.. balik rehat dan tidog dulu...Esok saie..




No comments:

Post a Comment