Friday, January 10, 2014

Mencuba nasib

A038
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur. (Al-Hajj 22:38)


27 Zulkaedah 1434H = 3/10/2013


Hari ini, selepas menemani suami solat subuh, kami ada misi yang belum selesai... Sudah berapa hari ya..? 6 hari..aku belum melepasi bahagian belakang/depan Masjidilharam.. Pintu 1.


Suhu pagi di sana... tetapi Alhamdulillah.. kita tidak berpeluh dan melekit


Ketika itu jam menunnjukkan pukul 6.45am.. Di Malaysia masa ni pasti sudah bergegas ke ofis atau sekolah. Di sini tenang2 sahaja.. Syukur alhamdulillah... lupa segala beban.


Bersolat dhuha barangkali jemaah berdua... dataran di belakang ini memang padat pada waktu solat. Nak lalu pun kena mencelah2 dlm ramai manusia yg bersoalt, lepak, tidur, berzikir, baca Quran dsbnya.


Kami menyusuri lorong belakang bertentangan dengan Gate 1. Mencuba nasib di kedai2 di sini pula bila gagal mencarinya berhampiran penginapan. Debu2 pasir pembangunan jangan cerita la... dengan bisingnya lagi.. Harap2 ketemu yg dicari..


Hah.. inilah dia Biskut mak aku pesan.. Maamoul berintikan kurma. Buah tangan saudara dari Jeddah utk mak.. dipesannya aku utk membeli di sini. Akhirnya ketemu juga di satu kedai runcit kecil dgn harga sekotak SR6 (16 pack). Lepas jumpa di sini, baru la jumpa di mana2.. ada jual SR10! Di Madinah SR7. Beli dan beli utk dibawa pulang dan dimakan di sini. Mission accomplished!


Maghrib itu kami mencuba nasib utk misi lain pula. K.Aziah.. jom kita try pi Haram dekat2 waktu solat. Nak tengok apa jadi and how' the condition. Selalu kita di dalam sejam dua sebelum azan. Untuk magrib di dalam.. beradalah di sana sejak asar lagi.. jika tidak di dataran luarlah tempat anda.


Jemaah memang ramaiiiii. Di luar. Mereka memilih berada di luar walau ada yang datang sudah awal. Kenapa? wallahualam. Sedangkan di dalam aku yakin masih ada ruang kosong. Kami mencuba nasib utk masuk ke Safa. Ditolak2 hingga ke muka pintu. Walau kami sudah jeling2, pujuk2 penjaga pintu, walau di belakangnya jelas ada kosong... jawapannya tetap..." Hajja..hajja.. la..la..". Tak boleh masuk juga. Maka ramai la yang kecewa utk solat di dalam...

Ok lah.. surrender. Cari jalan pulang.. aduhai..tiada lorong boleh dilalui.. terpaksa tunggu habis solat berhampiran tangga tandas ini. Kelihatan cleaner Indon ini gigih bekerja.


Si jubah hitam ini malu utk berfoto... jemaah Indon itu pula senasib dgn kami aku agak.


Di atas tembok.... betul2 dihujung tembok. Di mana2 juga jika ada ruang akan ada saja jemaah bersolat atau baca Quran.

A125
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud". (Al-Baqarah 2:125

Allahuakbar.. Maha Suci Allah..

No comments:

Post a Comment