Thursday, January 9, 2014

Banyakkan berdoa

A037
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.(Al-Hajj 22:37

26 Zulkaedah 1434H = 2/10/2013 


Manusia dari seluruh pelusuk dunia sudah memenuhi ruang dataran. Jika anda tawaf di dataran, berhati2lah.. mereka tidak peduli anda siapa. Kecil atau besar. Sekali tu.. depan2 aku jemaah wanita dari ???? meludah di dataran tawaf! Bukankan ini kawasan suci? Kenapa begitu sikap mereka? Wallahualam.

NASIHAT AKU: Sentiasa mohon pada Allah utk mudahkan urusan kita.. Tawaf terutamanya.. dihimpit orang badan besar2... boleh sesak nafas dibuatnya... ikut arus..jgn cuba melawan arus seperti kebanyakan jemaah. Boleh mengundang padah nanti. 

Panas kota Makkah hanya sebahagian kecil dugaan berbanding dihimpit ditolak ke kiri kanan semsa tawaf. Masyaallah bersabarlah wahai jemaah. Kaabah tidak ke mana. Pusingan tawaf tetap arah yang sama. Masih 7 pusingan.


Pagi yang indah di kota Makkah.. aku hanya menemani suami ke Haram utk solat subuh dan tawaf sunat. Duduk2 berzikir berdoa di Safa. Sekali terdengar baby nangis.. Ada family dari India (rasanya) di Safa. Bawa baby age 3-5mth aku agak. Si ubu nak solat diletaknya baby yg berpampers dan kain ihram kecil saja ke lantai. Lantai Safa di level 1 memang sejukkkk. Baby tu nangis sejuk atau lapar atau ngantuk? Kuat tangisan boleh menggangu jemaah lain solat. Aku teragak2.. last2 aku pi amik budak tu pujuk2 dgn cawan plastik air zam2 baru dia diam. Si ibu dah abis solat aku pi letak semula. 


Dibelakang itu hotel kami. Abraj janadriyah.. kawasan lapang ini laulan/parking bas Pakistan, bangladesh n Turki.


Dari tempat yg sama cuma membelakangkan MasjidilHaram. Berpagi2 di sana nyaman walau panas terik.


Ini sebahagian bas yang tunggu penumpang2nya selesai solat. Ddebu pasir, asap bas dan debu pembangunan bercampur. Pakailah mask kalu tak tahan habuk.


Pintu masuk utama level P. Jika berjalan kaki level G di bawah lebih sesuai.


Malamnya, ceramah Kemabruran Haji... panel2 Dato Mufti P.Pinang (Dato Hassan kalau tak salah) yg merupakan panel syariah di sana.. er...Dr. Anisah???? Tak ingat la... Ada jemaah dah tangkap lentok. 

No comments:

Post a Comment