Monday, January 13, 2014

Rezeki.. Alhamdulillah

A126
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (Al-Baqarah 2:126)



28 Zulkaedah 1434H = 4/10/2013


Di sana, inilah lunch dan dinner. Siap dibungkus. Ada nasi (beras basmati lagi), lauk dan sayur (biasanya kobis, kacang panjang atau terung masak berkuah), buah dan air mineral. Lauk pulak silih ganti ayam, ikan, daging dan sesekali sotong. Buah selalunya oren, epal, pisang sesekali lai. Sampai boleh buat stok oren tapi blender tak dak nak buat jus. Alhamdulillah.. aku tiada masalah dengan makanan yang disediakan.. rezeki utk kami. Terima seadanya.

 

 Allahuakbar.. walau sudah diingatkan, masih ada yg mengirim pos barang2 ini.. maka ada kotak yang pecah dan barang yang rosak. Salah siapa? Jadi terpaksa pihak pos keluarkan notis ini sebagai peringatan. Nak bawa balik kurma muda.? aku rasa tak dak masalah... bawa masa balik Malaysia dalam beg plastik naik kapal terbang. Ada yg buat.. Insyaallah selamat... jgn lupa mohon Allah mudahkan urusan kita di airport. Aku kurang gemar kurma muda. Cukup sekadar merasanya di sini. Jadi bawa balik yang kering saja la. 


Allahuakbar.. setiap kali waktu solat rasa tenang saja... terutama subuh. Apakah aku punya waktu utk subuh begini di tanahair? Masyaallah... sekali pun belum lagi.. bangun saja sudah sibuk urusan rumah ngan anak2. Sesekali aku pergi waktu maghrib dan isyak... Aku sorang jemaah pompuan di surau... bertemankan Emad yg suka duduk atas kaki masa sujud...


Maka berbondong2lah manusia keluar dari Haram untuk mencari rezeki selepas solat subuh. Ini arah setentang dgn Gate 1. Kawasan ini memang sesak dgn jemaah berbanding laluan ke hotel aku tinggal. Masa ni lah kedai2 makan penuh dgn jemaah dari perbagai bangsa. Sesekali saja aku join the club bila teringin  tapi kebanyakan makanan mereka kering. Sos cili tak ada...

NASIHAT AKU: Kalau suka makan sos cili, bawalah sendiri yang botol plastik letak dalam beg besar. Sos cili Indon yg ada kurang umphhhh.








No comments:

Post a Comment