Monday, January 6, 2014

Sedikit Tentang Safa

A036
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.(Al-Hajj 22:36)

25 Zulkaedah 1434H =1/10/2013

Dataran tawaf memang dah padat sepadatnya dengan jemaah2.. foto ihsan K.Has

Pagi semalam aku patut saie lepas selesai tawaf pada malam tu. Malangnya... kiraan aku silap.... angkat bendera merah.. Aku dah gabra.. so kena la jumpa ustazah cerita itu ini.. Alhamdulillah.. tenang jiwa raga... itu gunanya berjumpa yang lebih pakar.. kita ni harap ilmu kursus saja tak cukup... Jadi aku teman suami je la pagi tu.

Foto ihsan K.Has. Bukit Safa dari tingkat 1. Ini kira belum padat lagi ni..
NASIHAT AKU: Bagi jemaah wanita yang uzur, anda boleh berada di kawasan saie... kerana ia tidak termasuk sebagai masjid. Aku n roomate biasanya lepak (wirid/zikir/berdoa) di tingkat satu Safa. Kat kawasan ni kurang jemaah so bolehlah sesekali kita duduk situ sambil tunggu kawan atau suami selesai solat, tawaf dsbnya. Tak adalah asyik terperap di hotel ja..

Ini lepas waktu solat dalam masjid. Tq K.Has

K.Aziah n suami, K.Has n suami, Min dan aku tukang amik gambag. Lepas solat kawasan saie agak lengang masa ni. Tunggu dekat2 wukuf nanti, memang sentiasa ramai. Suami Min n suami aku pi mana tak ingat la..


Bukit Marwah sentiasa ada penghuni. Jemaah2 yang suka duduk atas ni biasanya dari India, Pakistan, Afghanistan dan sewaktu dengannya, juga dari Indonesia. Ada yang berdoa, ada yg solat malah yang tidog pun ada. Kita perlu cari ruang atau minta laluan utk berdiri di atas bukit ini.


Foto feveret aku... semua nampak hijau jaa... Ini laluan lampu hijau utk sunat berlari2 anak bagi lelaki sahaja.... ingat..lelaki sahaja.. so para lelaki yg ada kudrat tu.. silalah buat yang sunat ini.. Bagi jemaah waniti uzur, jangan ingat kita tidak boleh ke sana.. boleh.. malah Bukit Safa dan Marwah adalah salah satu tempat yg mustajab berdoa. Ambillah peluang ini. Kita akan lebih terasa syahdu dan kusyuk di sini. Jika boleh bersolat dan iktikaf, masuk ke dalam masjid. Hanya beberapa langkah sahaja.

Sedih sekali bila aku tengok ada jemaah2 Malaysia yang masih solat di antara Safa dan Marwah walaupun sudah ditekan berkali2 oleh ustaz ustazah. Bukan hanya yang tua, yg muda2 pun ada. Aku penah tanya pada sorang jemaah (bertiga) kenapa tak masuk masjid yg hanya 10m di depan. Katanya dia baru lepas saie... isk.isk..isk... Malah, ada yang lepas solat di masjid datang ke Safa utk membaca Quran. Kenapa tidak di dalam sebab boleh niat iktikaf sekali...?

Aku kerap ke Safa masa uzur. Selain berzikir/berdoa, aku suka perhati gelagat manusia kat sini. Macam2 ada dan mana yang baik kita boleh ambil iktibar. Salah satunya, masa aku dok pusing2 di situ sambil tunggu suami. Ada kumpulan jemaah terkial2 nak gunting rambut. Sambil meraba2 dlm beg aku, aku dok kata lam hati.. rasa macam nak bagi pinjam je gunting aku. Dalam dok niat gitu, salah sorang drpd depa tunjuk isyarat gunting kat aku. Macam tau2 ja aku ada gunting. Pinjamkan je la.. bukan senang nak dapat pahala free ni.. Alhamdulillah.


Lepas subuh dan menunggu waktu zohor banyak masa senggang. Inilah masa yg sesuai utk buat urusan2 peribadi yg lain. Antaranya, baru 2-3 hari di sana aku dah pos 3 botol air zam-zam. Air tu dah ada di Malaysia, bayar je di Makkah. 3 hari kemudian keluarga kita dah terima. Pos laju aku cuma sekotak ja.. barang2 souviner yg beli di Makkah.


Kali kedua aku kirim lagi 2 botol air zam2 bersama kotak poslaju tadi. Dijangka tiba dalam 3 minggu, tapi sebulan lebih baru sampai. Semasa di Madinah, aku pos pakaian2 yang tak mahu dipakai guna Shah Kargo.. sangat effisien dan sampai awal.. harga pos sama saja samada pakai pos malaysia, Shah kargo atau apa yg disediakan di sana. Lambat atau cepat. Barang2 tetap sampai dengan selamatnya.. Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment