Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
Alhamdulillah.. bas selamat tiba ke hotel sebelum waktu zohor. Jadi sempatlah nak ke Haram utk solat. Memang ziarah yg dilakukan mengikut masa yg tetap supaya para jemaah tidak tertinggal utk berjemaah di Haram. Melainkan mereka yg memang uzur, sakit atauuuu memang tak nak ke masjid.
Gambar2 jam besar petang tu ihsan K.Has. Udara dipenuhi debu2 pembangunan yg berjalan 24 jam tanpa henti. Bas2 yg banyak tu utk geng Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki. Laluan inilah yg kami lalu setiap hari utk ke Haram. Lebih kurang 700m tapi Alhamdulillah.. Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan pada hamba2Nya.. tidak terasa penat bila sudah biasa.
NASIHAT AKU: Pakailah kasut/slipar yg betul2 selesa sebab tiap2 hari berjalan atas jalan/tanah yg panas. Boleh panas tapak kaki. Sekali lagi aku mention di sini. Yg tak tahan habuk sila pakai mask atau kain purdah yg boleh dibeli di sana. (wanita berihram haram pakai mask.. cukup sekadar tutup dgn tangan/kain telekung atau sapu tgn/tisu). Berdoalah sentiasa supaya Allah mudahlan urusan seharian kita.
Jemaah ini letak Quran atas kepala masa berdoa.. mungkin itu fahamannya.. wallahualam.
Dari atas bumbung Masjidil haram, matahari senja sedang melabuhkan tirai Subhanallah cantiknya.... walau sekiling hingar bingar dgn contruction work.
5.21pm.. menunggu masuknya waktu magrib. Nampak biasa saja kan... Cuma jam tu je la besar ya amat..
Waktu magrib dah masuk.. jam pun bertukar warna... Memang cantik.. kalau lihat dari jauh lagi cantik. Jam ni dikatakan boleh dilihat sejauh 30km! Tapi aku memang terpegun tiap kali tengok jam ni waktu malam. Roomate aku kata sekali tu jam 2 am dia tengok ada kerlipan bulan bintang terpancar dari jam ni... Tapi dia tak amik gambar punnnn.
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
teringin mak kesini..mudah2an hajat mak termakbul suatu hari nanti
ReplyDeleteInsyaallah..ada rezeki nanti sampailah ke sana
DeleteSalam.
ReplyDeleteTerimakasih kerana N3begini memberi pengajaran/cara utk kami yg ke sana insyallah. Amin.