Sunday, December 21, 2014

Aktiviti Budak-budak


A036
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
 
 
 
Sepanjang aku kat Timah Tasoh 3H2M.. anak-anak dok ngan abah depa di Motel Tokmek. Tak jauh pun. Dalam 5 minit ja jaraknya.
 
Pandai2lah abah bawa pi jalan. Perlis bukan besar pun. Tahu pulak nak tuju Muzium Kayang. Seronok la jalan2 budak kecik tu.
 
 
Wah.. ada Dora n Diego the Explorers la... Apa lagi yg ada kat muzium ni ya? Teringin gak nak pi.
 
A037
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:37)


Gua Kelam..Last aku sampai sini...15 tahun dulu kut. Bawa students mai lawatan. Masa tu Yah pun tak dak lagi. Mungkin la ni dah ada pembaharuan.

Budak kecik tu pulak dok cerita cocodail (crocodile), ulag tortise.. rasanya depa pi Taman Ular Sg. Batu Pahat la tu. Tempat tu memeng tarikan utk Perlis.
 
A038
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Baqarah 2:38)


 Hari balik... aku sempat jumpa kawan2 sekolah yg dah 24 tahun tak jumpa. Kami dating di Tokmek. Nini (purple) memang dok Perlis. AKu siap order kek cheese leleh lagi... Jemah (tudung maroon) baru dapat tukag balik negeri lepas lama di Shah Alam. Happy gila. Ta pula balik bercuti. Dia menetap di Sandakan sebab suami orang sana bah. Tak dapat nak cerita lama2 sebab aku kena balik.Esok kerja. Ini pun tak sempat jumpa Wanis yg balik kampung suami di sini.
 
A039
Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:39)


 On the way balik, singgah Balai Seni Negeri A.Setar kejap. Depan Masjid Zahir. Ada apa ya?


 Ni ha... pameran dinasor. Nak tengok dinasor konon.. Tapi takut nak pi dekat la pulak si Emad ni. Ada sorang budak tu punya la takut.. nangis mengekot dlm stroller adik dia. kesian aku tengok. Pameran ni till hujung Januari kut... tak pasti la pulak.
 
A040
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (Al-Baqarah 2:40)
 

Konon jadi dinasor la tu.. ceh.. penakut. Mengarut ja budak ni.. Dah nak keluag dia ajak masuk ke ruang mula balik. Apa raaa.


Kat luar balai ramai la bermain buih ni.. happening la pulak. Si Emad malu2 nak kejar buih.


Last2 abah soh pi beli. Sewa sebenarnya.. RM2 utk main benda ni. Pasni kena pulangkan. Aku tengok ada mak bapak bawak balik selamba ja alat tu dgn besen sabun. Tak tahu ke atau buat2 tak tahu? Ntah la.

Dah dekat nak abis air sabun tu.. Si Emad pi tuang la pulak.. Yess.. jom balik la.. Tunggu apa lagi. Nak singgah SP pulak ni.  
 

No comments:

Post a Comment