Friday, December 19, 2014

Team Building

A031 
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar". (Al-Baqarah 2:31) 





12-14 Disember 2014- Team Building S&T. Perjalanan bermula lebih kurang jam 10am dari kampus. Aku bawa budak kecik ni yang tak sudah2 nak naik bas. Tapi.. tu la dia.. 5 minit dalam bas dia pun hanyut... 


Kami tiba di Timah Tasoh Resort selepas solat Jumaat. Ada dua bas.. bas aku naik tiba dulu. Lepas cek-in boleh la rehat2 kejap sebelum aktiviti petang bermula. Ini blok wanita.. sebilik 3-4 orang. Utk 3H2M alhamdulillah. Cuma ada la kurang sana sini sikit.



Jam 4 petang.. errr.. 4.30ptg sudah berkumpul di dewan. Jurulatih kami dari Artmycom diketuai oleh En. Azhar aka Art. Frankly cakap.. first impression aku kat trainers ni... mula2 aku rasa ok kut.. pastu aku rasa.. macam kami ni budak2 sekolah la pulak... Hantam sajala labu.. janji kita enjoyyyy.

Sesi pertama ni.. kenai2 gitu2 ja.. tak sempat nak kenai ramai2. Pastu bahagi kepada kulpulan Lembu Kuda Kucing dan Kambing...

 

Lepas dapat kumpulan masing2.. maka langkah diatur menuju titik permulaan.. Belum sampai tempat mula dah terasa penat... camna nak trekking dan hiking ni? Namun.. demi semangat membara.. aku mesti teruskan juga.. hehehe.. beria2.. Insyaallah.. Pasti boleh punya..

A032
 Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:32


Masuk hutan.. naik bukit turun bukit.. jaraknya tidaklah jauh mana pun.. rasanya jauh lagi yg ke Pengkalan Hulu satu waktu dulu... Tapi.. main dengan usia menginjak ke senja ni... yang dekat pun rasa jauh... yang rendah nampak tinggi... Apa2 pun.. semangat kerjasama tolong-menolong tak kira kumpulan tak kira jawatan sangat baik... tahniah semua.


Tak ada rupa masuk hutan pun... lepak ja.. dok tunggu team Kucing tak keluag2 hutan lagi.. Jumpa kucing hutan kut.. kenal2 dulu.. hehehe. Katanya Kucing sesat kat dalam.. salah ambil simpang. Yang heran tu.. mana orang Artmycom? Depa tak jaga check point ka? Hah? Orang dia pun ikut sesat sekali? Parah lagu ni kalau yg bawa pun sesat... So, Team Kucing.. bukan salah hampa la no... You are doing your very best!

 

Malamnya.. Ust Sobirine bagi tazkirah selepas perasmian oleh Dr.Mahadzir. Thumbs up utk Ustaz.. Terbaikk..., Kat luar macam serius je..


A033 
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:33)


Hari kedua.. jam 6.50am kena turun bersenam dah... Fajar baru nak mucul memberi salam. Kami dah 1..2..3..4.. Udara nyaman... nak kata tenang tak boleh sebab masing2 sibuk dok cerita... Lepas senaman kita jalan2 kejap dalam kawasan..

Sarapan? belum lagi.. bagi stress dulu baru kasi makan. Lepas ni nak buat aktiviti lasak (kalau ikut jadual la). Nak kata lasak.. tak juga..


Alamak.. dari buat aktivi halangan ditukar ke berakit la pulak.. rasanya masing2 dah set dlm kepala.. kalau pagi kering petang ni basah ok la.. boleh terus pakai baju yg sama. Sekali... pagi2 dah kena basah.. sat gi petang kena tukag baju la pulak.. cukup ka yg dibawa?


 Sorang lagi terlindung si Shahrul... Haiii... tak pasai2 kena bebel b4 masuk tasik... kami tak fokus! Eloo.. punya la fokus dok tunggu giliran nak sebut nombor.. aleh2 ada orang potong line... abih camna? Ada aku kisah? Kasi can la dia potong pastu patah balik.. nombor je pun.. Tup2 kami kena bebel tepi tasik.. Sabar je la.


Dah macam pelarian masuk sempadan... Aku ni memang fobia ngan ayag dalam2 ni. Depa tak percaya... Sumpah aku tak tipu... tapi nak jaga ayu konon.. kena la tunjuk macho.. hahaha... Memang aku buat stone ja masa kena apung diri.. dalam hati mak ai.. takut gila kalau tenggelam. Kalau kakai boleh pijak dasar aku ok lagi.. ni kalau dah dasar tasik tak cecah... tolongggg aku wei.. takut.

 
A034 
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah 2:34)


Flying Foxx.... aktiviti yg aku idam2kan selama ini. Hari ni aku mesti capai impian ni... hehehe.. Tapi jaraknya tak de la jauh sangat... tak sempat minum secawan teh dah sampai hujung... Tak pa.. lain kali cari yg jauh punya. Tapi tak semua sempat buat Flying Fox. Masa singkat sangat. kesian yg lain.


Meniti kayu ni... aku rasa kat sini la yang paling ramai frust.. Sebab arahan yg diberi tak jelas. Apa depa nak pun kami tak tau. Cara latih macam nak kami berjaya sorang2.. aleh2 depa kata kena tolong kawan... Mana satu ni? Masing2 dah muka semacam ja... Tension kut... kena bebel lagi...


Yang ini... no problem.. pandai2 la nak merangkak macam mana pun.. lambat cepat mesti sampai ujung jugak.. tak kan nak tunggu bawah tu kut.


 Spider web ni pun ok.. tak susah sangat.. cuma sakit kaki la sikit sebab ruang pijak tu sempit. Namun gitu.. tak semua peserta mencuba semua perkara. Contohnya wall climbing ni.

Lelaki semua wajib. Wanita 5 orang saja.. 7 termasuk yg tunggu di atas. Nasib baik... yang ni aku memang tak buat.. tinggi sangat.. cuba potong wall tu bagi sma paras aku ka.. boleh gak cuba.

A035 
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah 2:35


Muka2 ceria ja.. masa ni kita enjoy.. lupakan hal kerja barang seketika. Inilah masanya.


Bersama team Artmycom seramai 5 orang.. cari la sendiri.. muka serupa ja ngan kita.


Makan malam bersama team trainers. Makanan banyak la pulak kali ni. Selalu tak cukup ja..


Kumpulan Kuda.. kamilah juara.... Pastu kambing.. pastu kucing.. pastu lembu. Aik.. Baru perasan.. 3K 1 L.. patutla dapat last sekali.. Nak buat camna.. terima je la walau hutang sampai 500K!


Hari ketiga.. sebelum pulang.. kita berkumpul dulu utk rumusan akhir. Bincangkan maklumbalas yg perlu disampaikan. Apa2 yg perlu diperbaiki utk masa akan datang.

Apa-apa pun.. Akhirnya Team Building ini berjaya juga dilaksanakan akhirnya. Terima kasih ILQAM kerana memberi peluang. Insyaallah.. jika ada rezeki, kita buat lagi tahun depan di lain tempat pula. Terima kasih semua. Semoga jumpa lagi.


No comments:

Post a Comment