Tuesday, December 30, 2014

Tanjung Piai


A051 
 Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
(Al-Baqarah 2:51)

Hari seterusnya, aku cadang nak ke Tanjung Piai dan Kukup. Saja nak jejakkan kaki ke hujung benua Asia.


Hajat hati nak ke sini lah hari tu. memang tak dak apa pun.. hutan bakau saja. Tapi ia tetap sesuatu yg menarik bagi aku. Rupa2nya En. Suami ada hati nak ke Legoland. Lain kali la.. lagipun tak prepare utk ke legoland.


 Jadi, kami pun terus juga ke sini. Emad yg baru bangun tidog pun beria-ia jalan. nak pujuk dia ok ja.. jgn nampak bas sudah.. Nanti mesti dia jerit2 nak naik bas.
  
A052 
 Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. (Al-Baqarah 2:52)


Rupa-rupanya, dalam waktu2 gini tiap tahun ada Festival air pasang besar. macam mana tu? Hari ni hari mula. Kami sampai dlm pukul 10 lebih. Gerai tak banyak lagi yg di buka.


Ohhh.. air laut masuk ke daratan dah.. ini fenomena air pasang besar. macam best la pulak.

 

Memang berpesta sakan. Kami tak jangka akan menerima kejutan macam ni. Mana ada bawa baju spare pun. Emad ada la.
 
A053 
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk. (Al-Baqarah 2:53



Hmm.. alang2 dah sampai. Jom kita join the group. Alang2 tengok.. jom basah sekali. Nanti kita pi beli stokin lain.. hahaha


Dah lama tak main banjir. Rasa seronok pulak main air pasang ni. Rasa nak tunggu lama2 tapi ada tempat lain nak lawat pulak.
 
A054 
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani". (Al-Baqarah 2:54)



Macam biasa la mamat ni. takut air. Dah lama2 tu baru nak main. Hah.. amik kau. Basah seluag baju abis. Tak pa la.. pampers baju seluag extra semua ada utk dia.


Air ni laju betul mengalir masuk ke parit/saliran yg ada di situ. Kalau nak main.. jauh2 sikit na.
 
A055 
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya. (Al-Baqarah 2:55


Anak2 belacak melekap di tembok2 yang ada. Siap berenang la adik ni nak tangkap anak ikan ni pun.


Hmm.. memang tercapai la ke Tanjung Piai.. tapi tak tercapai ke hujung benua nun... Bila balik baru terpikir. Mana sign board ni? Aku tak nampak pun. Rupanya2 nak ke sini ada bayaran masuk. Dan tadi.. kaunter tiket memang tutup. Sebabnya di sini air naik.. merbahaya aku rasa. Terkilan juga. rasa macam nak pi sekali lagi ja... Bila la pulak tu ya?

No comments:

Post a Comment