Dalam perjalanan balik dari Perlis, kami singgah di Masjid AsSobirin Kg. Gial, Perlis. Solat jamak zohor-Asar.
Masjid ni nampak comel ja.. Tak lah besar sangat. Mungkin komuniti di sana tidak ramai.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:42)
Di kiri masjid, sawah padi terbentang. Memang mendamaikan.
Laluan ke tandas dan tempat wuduk. Jauh ke belakang.
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah 2:43)
Pandangan dari tandas ke ruang solat masjid.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Al-Baqarah 2:44)
Di luar masjid ada wakaf. rasa nyaman ja kalau lepak2 kat sini. Juga ada kerusi meja serta peralatan utk jamuan. Err.. pinjam pisau kejap ya.
Si Emad tak sabar2 nak makan cheese cake leleh dari Nini. So.. sampai ja sini, pinjam pisau masjid yg ada.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
Ruang dalam masjid dari kawasan solat wanita. Agak selesa solat dan rehat di sini walau tandasnya jauh. Sawah padi sekeliling yg buat rasa tenang. Sesiapa yg lalu di sini, silah singgah.
No comments:
Post a Comment