(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah
menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih
padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai
(kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan
berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah) (Al-Baqarah 2:176)
Hari ke berapa ntah, kami ke Tana'im. Masjid Siti Aisyah utk beniat umrah. Pergi naik teksi innova pakcik Arab. Berimpit sikit tapi tak pa. Bukan jauh pun.
Cuaca mendung ja hari ni. Macam nak hujan. Tapi tak hujan2 jugak. Aku pi sebab meneman ja. Nak buat umrah tengah cuti.. huhu
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)
Masjid Siti Aisyah.. sentiasa dipenuhi jemaah. Merata dunia macam2 warna.
Cadang tu nak buat umrah kat budak kecik ni la. Dia nak pakai macam abah pakai. Udahnya abah pi niat utk diri sendiri. Niat utk anak memang tak bole la. Sebab tidak ada dua niat dalam satu. Lagipun tak wajib utk budak kecik ni pun. Bagi dia rasa pakai macam abah, beribadah macam abah. Biar dia tahu dan harap2 boleh ingat.
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:178)
Hahaha.. memang pinjam kerusi roda tok la. Larat ka abah nak dukung. Bukan 5 kg.. 15kg tu.. nak pusing 7 tawaf dan saie 7 kali. Huhuhu boleh rebah abah. Tapi budak kecik ni seronok gila dapat tawaf ngan saie. Dapat lak dok atas kerusi roda. Ada orang tolak. Mau tak happy.
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:179)
Sementara tunggu depa abih umrah, aku ajak angah lepak di sini.Hadapan D'saji restoren a.k.a Restoren Malaysia. Kosong? Memang la kosong. Time solat zohor. Semua pi solat. Tinggal apa yg ada. Jadi lengang sikit masa ni.
Beli pizza sikit. kenyang la pulak. Ni pun tak abis. Bawa balik bilik nanti mesti habis punya. Pastu, aku order roti canai 5 kut. Tak jumpa roti canai lama.. sure ada yg mengidam ni.
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:180)
Hah.. kan dah kata. Kelaparan dan kegembiraan lepas umrah. Dapat roti canai cicah susu pulak tu. Apa lagi. Alhamdulillah bole minta susu sikit kat D'Saji (nampak ada orang mintak.. aku pun ikut la)
Ada sekali tu minta susu sikit kat kedai/gerai teh tarik. Dia soh aku pi kedai beli. Ceh.. nak 2-3 sudu je pun. Berapa keping dia makan? Satu je la. tok ngan tokwan pun makan jugak sebab lama tak makan. Asyik nasi ja. lain2 tu kakak2 dia la bedal abis.
Perasan ke? Tak botak? Abah dia tak botakkan. Gunting sikit saja. Esok lusa kena botakkan jugak. Bagi hilang gatal2 kepala tu sikit. Kita tunggu ya. Emad pun ok ja nak botak.
.... : ) hari terakhir emad berambut hahahaha
ReplyDeletealhamdulillah.... tabik spring kat hj kecik ni sorg.... senyum happy sokmo : )
ReplyDeletealhamdulillah.... tabik spring kat hj kecik ni sorg.... senyum happy sokmo : )
ReplyDelete.... : ) hari terakhir emad berambut hahahaha
ReplyDelete