Thursday, April 2, 2015

Menuju Makkah

A166
(Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. (Al-Baqarah 2:166)
 
 
 
Perjalanan menuju Makkah bermula petang 17 Februari. Bertolak agak lewat petang, jadi boleh dijangka yang kami akan tiba malam. Sekali lagi perjalanan agak meletihkan. Alhamdulillah kali ni Emad terus tidur. Begitu juga jemaah2 lain. Ambil peluang untuk berehat.
 
Hentian rehat kami utk solat jamak dan makan malam entah di mana aku pun dah tak bertanya. Dengan penat badan dan penat fikiran, yang aku tau.. ada oarng nak makan dan perlu diberi makan.  Makanan memang telah disediakan oleh pihak pakej. Jadi tak perlu risau nak membayar lagi.
 
A167
Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (Al-Baqarah 2:167)
 
 
 
Kami tiba di hotel ini malam. Pukul 12 malam? Maaf.. aku lupa. Terletak di jalan Ayjad yg menuju ke Aziziyah. Hampir dengan Hotel Meridien. Lobi hotel kecil. Keadaan bilik agak.. agak.. ok. Ada bilik2 yg tak ok. Dengan pintu rosak, tahi burung, bilik air teruk. Ramai jemaah komplen. Tapi dalam komplen tu mereka terima keadaan ini sebab tujuan utama utk beribadah. Hotel urusan kedua. Komplen pun bukan apa, supaya tidak ada jemaah kumpulan akan datang ditempatkan di sini.
 
A168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)
 
 
 
Di hadapan hotel aku lihat seperti lori bomba. Ada beberapa moto polis peronda dahn trak. Aku agak mungkin pasukan keselamatan di sini. Jarak ke Haram dari hotel dalam 500m. Tidaklah jauh sangat.
 
A169
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Al-Baqarah 2:169)
 
 
Sudah tiba malam, jam 2am perlu berkumpul di bawah utk mengerjakan umrah wajib. Betul2 depan hotel pula ada pekerja sedang betulkan jalan. Berdebu. Arah nak dituju pun tak ketahuan sebab malam. bila semua dah berkumpul baru dapat bergerak.

Pergerakan naik turun 'pavement' pejalan kaki dengan menolak kerusi roda agak susah. Alhamdulillah ada adik seorang ni offer utk tolong tolak mak hingga ke pintu Haram. Lega sikit. Sebab jalan pun kurang elok.
 
 
Urusan umrah selesai jam 4am. Terus tunggu utk solat subuh. Aku, Mak dan anak2 solat subuh di saie paling bawah. Tak sempat masuk ke dlm masjid, laluan sudah ditutup. Sudah solat, bersesak2 pulak cari jalan keluar.
 
Kawasan pembinaan bukan saja di luar, malah dalam masjid, Jadi jalan keluar pun agak keliru nak cari. Berpusing2 juga kami nak cari pintu keluar. Orang bertolak2.. tak kira lelaki perempuan. Adab dalam masjid memang tidak ada. Kena marah jgn cerita la.. sebab kaki depa kena kerusi roda. Abih? Nak aku buat camna? Terbang keluag?
 
A170
Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (Al-Baqarah 2:170)


 Bila di luar, dah cerah. jadi nak balik hotel tak dak masalah. Tengok jalan.. Masyaallah.. senangnya. Awat yg semalam susah sangat? Naik turun pavement. Angkat letak kerusi roda berkali2? Oo... dsemalam gelap. Malam. Ini dah siang. Mudah saja. Guna saja jalan raya.

Tapi satu masalah lain. Semalam menurun. Nak balik kena mendaki sedikit. Adusss. Kudrat ni tak seberapa. Gilir2 ngan anak2 tolak mak. Dua hari lepas tu.. aku pun demam terus. Lenguh badan ni. Batuk pun menjadi2 sampai hari cerita ni keluar (2Apr).. masih ada sisa2 batuk tu bila dia datang. 

Itulah umrah aku. Sekali sahaja. Sebab lepas demam.. penyakit orang pompuan pulak bagi salam. Jaga Emad la lawabnya. Alhamdulillah.. anak2 ada utk teman tok pi masjid. Sebab tu juga aku bawa anak2 ke sini utk berumrah. Bukan sebab aku kaya atau berwang. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment