Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah 2:186)
Hmmm... 14 hari tersa sekejap saja. Dah nak balik dah. Sakit2 tak ada sangat cuma batuk aku saja yg teruk drpd orang lain. Balik nanti mesti teringat lif hotel ni. Gerun gak mula2 tu. Bila lif berhenti baru boleh buka pintu besi tu. Dah masuk baru pintu lif tertutup. Mula2 sampai ari tu aku tak perassan. Bilik lak 1100 (tingkat sebelas). Hai.. takan tak dak lift kut? Rupa2nya ini lift ha.
Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. (Al-Baqarah 2:187)
Asyik tengok kat Tv ja.. Kaabah.. kabah..kaabah. Akhirnya sampai juga Emad ke kaabah. Mula2 dia tengok dia, first impression omputih kata.. Kaabah ni besag! Kat tv kan kecik..hehehe
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah 2:188)
Dah botak! 3 hari sebelum balik baru boleh botak. Hensem la anak ibu bila botak. Hilang abih gatal2 atas kepala tu. Kan senang.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Al-Baqarah 2:189)
Perjalanan pulang dalam panas matahari di tanah gersang. Nun di sana masih kelihatan menara jam besar dalam debu2 pasir gurun. Penerbangan yang akan mengambil masa yang panjang juga kerana akan transit di Abu Dhabi lagi.
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Al-Baqarah 2:190)
Bila nak balik.. masing2 dah penat. Beg bertambah. Nak tolak mak abah lagi. Alhamdulillah ada sorang jemaah ni sudi menolak mak sampai naik ke flight. Rupa2nya utk berkerusi roda.. mereka disediakan pintu masuk di kanan flight yg digunakan utk bawa makanan rasanya. Naik forklift tu lagi. Dapat la merasa masa turun di Abu Dhabi.
Pemberian dari sorang pramugari Etihad di Abu Dhabi sebab berkenan dgn kecomelan Emad... hahaha. Siap amik gambar masa pimpin tok utk naik forklift tadi sebab cute sangat katanya. (ibu yg seronok hahaha). Sampai sudah Emad tak makan, kakak yang bedal kat dia.
Alhamdulillah. Entry Umrah dah abis. Tak banyak nak stiry sebab kebanyakan dah masuk dalam entry haji dulu. Hajat nak bawa mak abah pi Makkah dah tercapai. hajat mak nak buat haji sekali lagi yg susah sikit nak capai. Hajat nak bawa anak2 pi umrah pun dah tercapai walau sebenarnya tidak bercadang bawa seawal ini. Setahun lepas haji. Cadangnya tahun depan..2016. Allah jemput lebih awal. Alhamdulillah.
Cuma ralatnya aku yg deman dan uzur. Hanya sempat berumrah sekali dan masa2 lain terasa penat lebih banyak. Syukur anak2 kuat dan sihat saja sampai balik. Batuk aku hampir dua bulan lepas balik baru hilang. Mak abah pulak memang letih dan penat sangat2 tambah dengan demam sebab faktor usia sama. Insyaallah.. ada rezeki akan ke sana lagi.Dan juga hajat utk ke Baitlmaqdis.. masjid ketiga utk diziarah oleh umat Islam.
Alhamdulillah dapat sampai lagi...
ReplyDeleteKami tak tau la bila pulak nak sampai lagi...
Kalau pi lagi, doakan kami sekeluarga dapai sampai lagi...
Nizam&Min
Alhamdulillah..
Deleteinat kan sapa Tokpanjang ni sebab orang nya tak panjang... hahaha