Thursday, April 9, 2015

Makkah- Ziarah

A171
Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya. (Al-Baqarah 2:171

 

 Ziarah  Luar dan Ziarah dalam diadakan seperti musim2 haji. Yang mahu mengerjakan umrah, bersiap sedialah dengan ihramnya utk lelaki. Nanti boleh tukar di miqat. 
 
A172
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah 2:172)
 
 
 
Ini yang menggamit rindu aku pada musim haji. Walaupun masa ini dikatakan ujian besar utk jemaah2 haji.. di Mina, tapi ini masa yang paling best buat aku. Seperti tidak apa ruang utk ke mengalaminya lagi.
 
A173
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:173

 

 Jabal Rahmah di Arafah. Aku tak turun bas pun. Jadi kompem la tak panjat bukit tu. Entah kenapa tidak terasa utk memanjatnya. Lagipun si kesik tidog. Sapa nak tunggu?
 
A174
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Al-Baqarah 2:174
 
 
Jaranah- bermiqat di sini utk mengerjakan umrah kali ke2. Aku tak buat sebab badan terasa sangat lemah dan letih. Anak2, suami dan mak berniat masa ni. ALhamdulillah.
 
A175
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (agama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu. (Al-Baqarah 2:175)




Hudaibiyah- miqat utk umrah kali ke-3. Hah.. Masa ni aku uzur. Mak dan abah berniat mengerjakan umrah masa ni. Kali ini kami upah orang (Indon) utk menolak sebab masing2 sudah kekurangan tenaga walaupun pergi balik Haram hujung2nya naik teksi.

Sebab itu digalakan pergi pada masa usia masih muda.. badan masih bertenaga. Di sana memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk mengharungi hari2 di dalam lautan manusia. Insyaallah. Kataku pada suami.. 5 tahun lagi saya target Baitulmaqdis pula!




No comments:

Post a Comment