Wednesday, March 11, 2015

Jeddah kami tiba - 14 Februari 2015

A136 
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata". (Al-Baqarah 2:136


The only photo sempat ambil di Abu Dhabi masa transit 2 jam. Si Angan ngan Kakak rasanya tak dan kut sebab pi tandas ngan solat lepas kami. Tapi bukan leh caya budak dua orang t.. bab selfie ngan ambil gambag nombor one. by the way.. arts yg ada di dinding ni utk jualan tau.. cantik2.. tapi tak mampu aku nak beli dan tak kuasa nak usungnya.

Sampai di Jeddah, turun flight naik bas lagi ke terminal.. Letih jugak la. Masuk terminal awat aku rasa kecik dan lain macam ja? oooo.. rupa2nya ni bukan terminal haji yg aku sampai dulu. Patut la lain macam ja. 

Kat imegresen ni.. wheel chair utk mak abah tak dak pulak. Abis stok! Aku dah bagitau agen dari Malaysia lagi.. katanya semua beres.. adus.. kesian mak aku. Abah lak last2 dapat gak satu. Mak lak aku bawa potong line.. pandai2 la cakap bahasa isyarat bagi depa paham. Alhamdulillah.. polis tu bagi.. kami masuk tunggu dalam siap ambil bagasi ngan wheel cahir mak yang masuk kargo.
 

Masa ambil bagasi ni, awang kecik ni lak jadi mangsa pekerja situ. Dia pi angkat boh lam troli ni. Seminit dua bole la.. pastu mula la ngadu sakit sebab kecik tempat tu. Bukan utk orang utk beg.


Bila dah di luar, lama juga kena menunggu. Dekat 3-4 jam jugak la. Katanya ada 5-6 jemaah termasuk mutawif tersangkut kat dalam. Sebabnya nama depa tak dak dalam sistem! Pelik betul. Dari Malaysia ke Abu Dhabi sampai Jeddah ok ja. Nak keluar dari imegresen tak dak lam sistem. Adoi... Tapi aku tengok sistem depa pun memang not up to the level la. Kena baiki la.. dah tahu orang keluar masuk buat umrah.. tiap masa dan ketika. Tu belum kes beg seorang jemaah hilang. Sampai ke sudah tak jumpa2.
 
A137 
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah 2:137

 

Budak yang seronok gila sebab dapat naik bas banyak kali. kalau di Malaysia.. asal nampak bas nak naik. Asal ke opis aku nak naik bas Emad. Hah kau.. mai sini naik turun bas.. puas hati. Tak sebut dah lepas ni.


Itu bas Emad.. asal dia naik ja jadi bas Emad. Kaya sangat lah ibu nak beli bas gedabak tu. Tunggu Emad jadi pengusaha kenderaan di Malaysia nanti beli bas banyak2. Ibu leh tumpang naik.. hehehe.

A138 
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat". (Al-Baqarah 2:138)

 

Angin masa ni sedap ja.. nyaman.. sejukkkkk.. tak sampai sejuk gedi lagi la. Matahari pun baru muncul. Berlama2 di sini.. lambat lagilah tiba Madinah. Sebab destinasi kami Madinah dulu. Dua bas menanti dan menanti.. Sabar menanti jemaah2 yang masih di dalam. Semoga dipermudahkan urusan mereka.


Wahhh.. dah naik bas dia. Tak tidog la pulak sebab dah puas tidog lam flight semalamam. Makan pun tidak. Tapi sempat la aku buatkan susu dia masa di terminal tadi. Syukran pada penjual yg bagi air panas sikit utk Emad.

A139 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya; (Al-Baqarah 2:139


Nunnn.. terminal haji. Katanya under contructions. Entah la. Tapi terminal ni masa aku pi haji 2013.. memang besar jugak la. dan penat nak berjalan keluar.


A140 
 "Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:140)


Ternampak bangunan ni. Macam stadium, tapi takkan stadium tengah2 dunia ni. Apa gamaknya ya?



Tanah yang kering kontang berpasir berdebu. Panas mentari menikam bumi. Masa 2013, kami tiba malam. Jadi aku tak nampak semua ni. Dah tiba.. pakat tidog dalam bas sebab letih. Jadi.. hari ni, masa ni, aku tak mau tidog. Aku nak tengok puas2 bumi Jeddah yang aku belum tengok lagi di waktu siang. Mari kita nikmati saat ini yang entah bila akan kembali lagi.

No comments:

Post a Comment