(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. (Al-Baqarah 2:151)
Hari ni kami dapat subuh sama2 di Haram. Dari hotel, pintu terdekat
ialah Babussalam. Pintu lelaki. Pusing menuju pintu wanita....Dah pehuh!
Pusing lagi.. pun tutup sebab penuh hingga tangga. Tapi aku pasti kat
dalam mesti ada kosong. Jadi aku bawa mak n anak2 ke pintu Affan (
kalau x salah pintu 25 kut). Bole masuk. Kosong pun banyak lagi.
Alhamdulillah .
Subuh di Madinah dalam pukul 4 lebih (sejam awal dari Malaysia). Ketika hampir azan kami tiba. Emad nampak segar saja. Dapat ruang betul2 depan dinding kayu ni. Jadi agak selesa sebab tiada yang datang menabah barisan di depan.
Ada ruang utk Emad duduk.. dan tidur sekali sebab tepi tu dah rak kasut. Masa ni dia segar bugar sebab sibuk nak guna spray utk wuduk tu. Disemburnya tangan dan kaki macam dia reti berwuduk.
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)
Selepas solat subuh, berehat2 sekejap. Berzikir.. berdoa.. baca Quran. tapi buda sorang ni dia ada agenda sendiri. BERSELFIE!
Ini gambar Emad jugak yg ambil Tapi cara dia ambil agak pelik. Kaedah selfie. Hp diarah ke sasaran, main tekan ja punat ambil gambar.
Bila suruh ambil gambar tok, pun cara yang sama digunakan. Tepat pulak tu.
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (Al-Baqarah 2:153)
Budak ni dah tak mengantuk. Jadi boleh la dibawa ke Raudah selepas ni. Nak ke Raudah kena tunggu giliran. Memang lama betul. Angah tolak tok ikut barisan kerusi roda. Katanya hanya sorang saja utk satu jemaah berkerusi roda.
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (Al-Baqarah 2:154)
Jadi,
Yah ngan kakak serta Emad aku bawa ikut kumpulan jemaah lain. Biar
mereka tahu suasananya. Di sini yang lama sangat. Emad sudah tak senang
duduk. Bila tiba giliran.. meluru masuk sambil dukung Emad. Nak solat
di Raudah? Hmmm... tak dapat la jawabnya. Dgn Emad berdukung, nak tengok
kakak n Yah lagi. Pesan aku.. berdoa banyak2 apa yg hampa nak. Sini la
peluang hampa. Nak solat tak dak ruang sebab ditolak2.
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)
Keluar dari Raudah sudah hampir jam 10. Wah.. dari subuh hingga sekarang sudah berjam2 kami di dalam. Belum makan lagi ni. Lapar..
Di luar.. Emad tuntut mainan tadi. Kapalterbang dibeli semasa hendak ke Haram. Di pintu masuk kena tahan. Mainan tak dibenarkan. Puas minta.. akhirnya dibenarkan tapi sembunyi dalam beg. Tak sabar dia nak dengar talbiah dari mainan ni. Ada pula yang tertarik dgn Emad dan mainannya. Hari ni.. dengar talbiah saja la kami dalam bilik tu... Hmmm
insyaaAllah ada rezeki bole p lg aina... moga dipermudahkan...
ReplyDelete