Friday, March 13, 2015

Perjalanan ke Madinah

A141
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan. (Al-Baqarah 2:141)
 
 
 
Dalam perjalanan ke Madinah, kami henti rehat di sini. Menurut kata staf Juara yang bersama kami, nama tempat ni Al-Fariq. Ada masjid, ada kedai runcit dan kedai makan.
 
 
 
Masjid di situ. Aku tak masuk ke dalam. Sekadar milaht dari luar. Sekurang2nya ia selesa untuk bersolat.
 
 
Di seberang jalan, kelihatan seperti ada sebuah lagi bangunan seperti masjid. Cuaca masa ni sejuk dan nyaman.
 
A142
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus". (Al-Baqarah 2:142)

 

 Satu-satunya makhluk Allah bernama anjing ini yg aku jumpa sepanjang 2 minggu di tanah haram. Dan sepanjang musim haji 2013, seekor pun aku tak pernah nampak. Alangkah seronoknya kalau mahkluk ini juga kurang kelihatan di Malaysia.


Kedai runcit yang ada. ramai jemaah membeli keperluan makanan. Emad minta ais kerim... Sejuk la. Nanti batuk nanti. Tunggu sampai hotel dulu ya baru kita beli ais kerim.



Kedai makan bersebelahan dengan kedai runcit tadi.
 
A143
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)
 
 
 
Itulah bas yg kami naiki. Hampir sejam di sini. Tandas di masjid tadi atau di belakang kedai makan tu. Walau tandasnya tidaklah bersih sangat, sekurang2nya ia lebih baik dari yg ada semasa musim haji dulu. Boleh baca di sini. 
 
 
Sejuk2 ni.. pekena teh panas memang best la. Boleh order teh susu panas. Tapi jangan order roti canai ya. Ini bukan tempatnya.
 
A144
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (Al-Baqarah 2:144
 
 
 
 Makanan dah disediakan. Makan dalam talam kita. Macam nasi mandy. Nasi Arab bagi aku sama saja.. mandy ka, khabsa ka.. semua serupa ja.
 
 
 Mak pulun makan sungguh. Sedap betul dia kata. Tak macam yang dimakan di Malaysia. Ayam pun diratahnya abis. Puas hati makan.
 
 
 
Tak cukup meja? Kita makan sambil bersila. Boleh regangkan kaki juga lepas lama sangat asyik terjuntai atas flight dan atas bas.
 
A145
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:145)

 

Di luar kedai makan, ada penjual madu dan kurma datang. Katanya madu asli. Pemuda yang berdiri memakai topi ini sangat fasih berbahasa Melayu! Pandai dia tarik pelanggan. Memang ada yang membeli madu mereka.  Lebih kurang sejam di hentian rehat ni, kami pun bergerak ke Madinah. Ada 2 jam lagi katanya.

Dalam perjalanan semula, bas henti di sini. Ada apa ya? Ooo.. driver nak ke tandas rupanya. Jemaah pun nak pi juga. Ada yang turun ambil angin saja. regang2kan otot. Emad? Budak ni Alhamdulillah. Sepanjang jalan tak buat hal walaupun lama. Seronok dapat naik bas la tu.



No comments:

Post a Comment