Friday, March 6, 2015

Perjalanan ke Shah Alam dulu

A126 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali". (Al-Baqarah 2:126

Walaupun flight 13hb, kami bertolak ke Shah Alam 12hb supaya esoknya tak kalut sangat. Aku berlapan.. beg beroda ada 9 (1 tak bawa.. spare saja) dan wheel chair sebuah. Kalau dah begini gayanya.. memang kena 2 kereta la nak bawa beg2 dan tuannya sekali. Aku drive Honda aku.. suami dgn Mazda dia la.

Since aku keluar sejam awal... dalam jam 11am, gara2 ada orang tu belum kemas barang2 dia lagi, so.. slow and steady la pandu keta walau ada sesekali terbabas 120 km/j. Biasalah tu. henti membuang dan rehat 3 kali. Saja aku nak rehat2..sambil tunggu mak n Angah makan dalam kereta. Lagipun si kecik dok tidog. Malas nak gerak.Dalam kul 4 gitu dah tiba di Nusarhu Puncak Perdana. Alhamdulillah.. sejam kemudian En. Mazda pun tiba.
A127 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; (Al-Baqarah 2:127)


Hohoho.. kalau dah ada di sini.. dah tentu kena selit agenda lain. Bukan senang nak mai sini selalu. Dan bukan senang nak jumpa kawan2 lama aku ni. Jadinya, sebelum maghrib tu, sempat lagi dating ngan Zarina Zahari (ZZ) kat gerai Puncak Perdana tu. Aku dah kenyang.. teman dia makan ja la. Cer tengok ghupa kami.. tak berubah kan? Masih macam dulu2... awet muda gitu.. hahaha.

A128 
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah 2:128)


Ini kawan yang mudah cerita.. Ada ruang peluang dan keizinan dia pasti sampai kat mana jua. Siap pakai GPS cari rumah adik aku. Dia sampai lepas Isyak dengan MIL dia. Kebetulan mak aku pun kenal MIL dia dan dah kenal Ruzila (Eila) lama dah. Kami kawan dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal sampai la ni. Terima kasih Eila sanggup mai malam2 gini.
A129 
 "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:129)


Dan kami cuba juga tackle sorang lagi kawan.. Marlina Zubairi (Cik Mar) yang tinggal dekat ja pun ngan umah adik aku. Aku pun baru tau. Hah kau.. tergedik2 la Cik Marl nak mai jumpa. Malam pun malamlah. Rasanya macam depa nak tidog sini sekali.. hahaha. Cerita tak kan habis punya. Mai la Reunion nanti Cik Marl... bole kita cerita panjang.
A130 
 Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). (Al-Baqarah 2:130)

 

Emad.. yg mulanya malu2 nak bergambar dgn Aulia anak adik aku. Last2 dapat juga satu. Si Aulia ni pulak pantang bergambar.. pandai posing. Ok.. jom tidog. Dah lewat ni. Esok nak bangun kemas2 barang.. errr.. kemas mende lagi ya? Semua dah ready dlm keta.. hehehe

No comments:

Post a Comment