Monday, March 9, 2015

Perjalanan bermula - 13 Februari

A131 
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-Baqarah 2:131)


Penerbangan yang dijadualkan jam 8.30 mlm diawalkan kepada 7.30mlm. Jadinya, waktu berkumpul pun diawalkan ke jam 3ptg di KLIA Tingkat 5 Kaunter A. Mai lewat sejam pun tak pa.. bukan buat apa pun mai awal2. Mutawif pun mai lambat.. Sejam lebih baru mula bagi tag nama, pasport dan tag bag. Then tunggu lagi utk kumpul beg di kaunter khas. Pastu baru ada taklimat. Jenuh juga la dok pi mai pi mai kat situ.
 
A132 
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Al-Baqarah 2:132)


Mak dan abah ikut sekali. Kerusi roda sebuah. Sebuah lagi nak beli di Madinah. Orang tua yang paling kesian. Bila menunggu lama, nak ke bilik air la.. lenguh la.. penat la. Nak buat camna. Kita ikut orang.. tak pa la.. sekali ni saja.
 
A133 
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". (Al-Baqarah 2:133


Beg2 jemaah Juara Travel di kaunter check-in bagasi. Yang bungkus purple tu kami punya la.. ada lagi.. tidak kelihatan dalam gambag.. hehehe. Dalam banyak2 beg ni.. bila tiba di Jeddah, ada satu beg jemaah hilang. Kesian dia. Kena beli pakaian baru di sana.
  
 

 Dari kaunter A tadi nak ke balai menunggu, jauh jugak. Nasib baik Emad nak jalan. Bila lalu di sini.. dia nampak banyak la pulak kapal terbang ditayangkan. Alamak.. dia nak suruh beli satu! mana boleh. Ni utk pameran bukan untuk jualan. Dah nak kena cari alsan sampai akhirnya dia terlupa terus.
 
A134 
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Al-Baqarah 2:134


EY411-Etihad airways- Malaysia (KUL) - Abu Dhabi (AUH). Budak ni 1st time naik kapai torobang. Nasib baik tak buat hal Naik ja terus lena sebab siang tu tak lena2. Jadi aku tak la risau dia takut masa take off tu.


Tiba AUH dekat jam 11 lebih rasanya. Turun tangga flight kena naik bas pulak. Tengah2 malam nai bas. Budak ni memang tak mau pakai kasut dah. Kena dukung. Hah kau.. Emad nak sangat naik bas.. memang asyik naik turun bas ja la perjalanan umrah ni.

Bas dari flight bawa ke terminal utk transit 2 jam. Sempat utk solat jamak takhir qasar maghrib-isyak di surau AUH. Agak kalut jugak la sebab ramai. Lagipun airport ni besar gila. dari turun bas nak ke terminal berlepas ke Jeddah punyalah jauh.
 
A135 
Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". (Al-Baqarah 2:135)


Di terminal ni, tunggu EY313 Abu Dhabi (AUH) - Jeddah (JED). Dekat sini ada jemaah India, Pakistan dan sewaktu dengannya dan Indonesia yg nak mengerjakan umrah juga. Ada yang tukar ihram kat tempat menunggu tu. Sabar ja la. Geng2 Pakistan, India, bangladesh memang tak kisah hal orang. Nasib baik masa ni depa tak bising.

Boarding dalam 2am..Nasib baik terus masuk perut kapal. Tak perlu naik bas lagi. Sekali lagi Emad masuk ja terus tidog. Tak kisah dah makan ke idak. Makanan dlm flight Alhamdulillah.. tekak aku boleh terima lagi. Cumanya sebab time tak kena.. jadi nak pulun sgt pun gitu2 ja la. Kesian kat makanan, aku makan jugak la. Kalau tak membazir. Yg Emad punya memang tak ambik dah. Sapa nak makan tengah2 malam buta ni? Sahur? Sapa yg nak posa time musafir ni?

Err.. dah masuk 14 hb Februari ya atas flight? Happy Besday yah.. ni hadiah besday paling besar utk Yah. Kakak n Angah lak.. ni hadiah utk besday tahun ni.. diawalkan beberapa bulan. Hahaha. Ok. Kita tidog dulu sebelum tiba di Jeddah.


1 comment:

  1. Hahahahah.... Emad... Emad... Lepaih ni tukaq la takmo jadi dreba bas. Jadi dreba kapaiteghebang pulak la

    ReplyDelete