Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (An-Nisaa' 4:131)
2 Muharram 1435H = 6 November 2013
Sudah 6 November. Beberapa hari lagi dah nak balik... rasa syahdu pulak.. meh kita nikmati saat indah di sini sebaik2nya.
Berhadapan hotel kami letaknya SAFA hotel.. di ground and underground hotel ni ada bazar jualan. Keluar holiday villa, lintas jalan masuk pintu ni.. keluar pintu belakang boleh nampak masjid Nabawi atau si dini disebut Haram. Tiap2 hari aku lalu ikut bazar ni cuci2 mata pastu balik hotel..
Jam paling besar ada di sini.. jam besar... banyak merpati di kawasan jam ni...
Kredit foto buat K.has... ini dataran wanita... seperti di Haram Makkah, ramai juga jemaah memilih utk solat di sini yg tidak dikira sebagai masjid... sayang sekali. Masjid hanya beberapa langkah di depan... pahala berganda2 menanti di dalam..
Kereta buggy tu berkeliaran di dataran... teringin nak naik tapi takut2.. K.Aziah dapat naik lepas bawa barang2 shopping. Ia percuma.. bagitau saja nak ke pintu mana ia akan hantarkan kita.. cubalah jika ada peluang.
K.has teruja dgn payung besar ni... dari ia kembang hingga ia kuncup sanggup dinantinya.
Inilah kerja K.has.. satu hari tu ditunggu2 saat dan ketika payung itu ditutup.
Hahahaha.. keja aku... kutip bunga.. mula2 merah.. K.Aziah tertanya.. special ka bilik kita sampai depa letak bunga? Special mendenya.. aku yg bawa masuk tu... Petang tu aku bawa yg putih pulak. Esoknya tambah satu lagi..pink kaler.. mana datang bunga2 ni?
Bunga dari kaunter depan ni...hehehe.. pandai2 la kenen2 kat depa.. speaking London sket2... depa ni boleh speak English. Termasuk bell boy pun speaking London. So mudah communicate tak macam di Makkah. So apa lagi.. Sambil tunggu suami, kita pun talktalk ngan depa.. tgn n mata dok usha bunga yg ada di kaunter sebenarnya. Dah cukup tiga kaler... serilah bilik kami.. bilik org lain mana ada...hehehe.
No comments:
Post a Comment