Wednesday, April 23, 2014

Selamat kembali

A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)

9 Muharram 1435H = 13 November 2013

Perjalanan, kalau tak salah aku hampir 8 jam. Kami bermalam dalam kapal...hehehe. Yg aku peliknya..lawak pun ada.. masa ke Makkah aku tak nampak pulak jemaah2 tengok movie. Mungkin tak dipasang kut? On the way balik.. naik je kapal.. ada beberapa jemaah yg layan movie omputih.. Aku pun tengok2 gitu ja la layan ngantuk.. Selebihnya dok pikiag camna bila sampai rumah nanti?


Alhamdulillah... perjalanan hampir 8 jam menuju destinasi tiba dgn selamatnya jam 6 pagi lebih kurang gitulah, hari Selasa. Di balai menunggu kami disambut dgn pegaia2 TH Penang dan telah disediakan hamparan tikar utk solat subuh.


Kami kena tunggu hampir sejam sebelum keluar ke bagasi. Ada taklimat. Yang batuk teruk kena buat pemeriksaan. Aku? Alhamdulillah.. batuk aku yg menyucuk2 sampai ke dada dan perut hilang begitu sahaja semasa di airport Madinah! Subahanallah. Kuasa Allah menghilangkannya begitu saja tanpa sebarang tanda. Tak perlu risau jangkitan dgn kaum keluarga nanti.


Lepas dapat bagasi masing2 tak sabar jumpa keluarga. Aku pulak siap dah bagitau semalam. Jgn dok mai ramai2 nanti menyemakkan dan merimaskan. Tunggu ja di rumah. Lagipun... kakak2 aku tak leh cuti.. adik aku pun.. yg boleh amik Ayen, adik ipar aku ja..Satu keta cukup. Kalau tak dak orang amik kami nak naik teksi saja. Oklah tu. Mudah.. datang ambil terus balik.. oppsss singgah masjid dulu nak solat.


Anak2 yg ada Dalilah (ponteng sekolah), Angah sekolah (lusa baru mula cuti), kakak cuti awal lepas PMR dan awang kecik hensem ni yg tak sabar2 aku nak tengok. Sepanjang di sana dia tinggal dgn 3 mak.. siang di nursery dgn mama, malam di rumah jiran dgn ummi dan weekend dgn adik aku yg dia panggil ibu!

Bila aku sampai.. ditenungnya aku lama2.. pelik barangkali. Sapa pulak yg depa soh panggil ibu ni? bukan ka aku dah ada ibu dok jaga? konpius kut? Tanpa suara tanpa  senyum..diam saja atas riba aku sampai ke petang.. Dia konpius lagi tu... Sesekali dia cari ibu baru (adik aku).. biar la.. esoknya baru ok.. dan dah sedar kut siapa ibu betul..hehehe

Apa2 pun.. Alhamdulillah.. semoga perjalanan  rukun Islam ke5 kami ini diterima Allah hendaknya. Buat bakala2 jemaah.. bersedialah mental dan fizikal.. Insyaallah. Allah akan membantu kita.

No comments:

Post a Comment