Tuesday, April 1, 2014

Ziarah Rasulullah

A064
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".(A-li'Imraan 3:64)


 30 Zulhijjah 1434H = 4 November 2013



Jadual ziarah masjid dan ziarah luar telah disediakan oleh pihak TH. Lepas breakfast, berkumpullah kami utk ziarah masjid (ziarah Rasulullah). Kumpulan dibahagikan kepada lelaki dan perempuan.


Allahuakbar.. memang cantik..cantik sangat.. manusia dikurniakan akal oleh Allah utk memanfaatkannya ke jalan Allah.


Kaum wanita mula2 dibawa ke ruang luar mengadap kubah hijau. Kubah dimana jasad Rasul bersemadi di bawahnya. Di sini kami sampaikan salam buat Rasulullah dan sahabat2nya. Kemudian kami dibawa masuk melalui pintu wanita utk ke dlm masjid. Solat dan mungkin ke Raudhah. Aku? Hmm.. jenguk2 dari luar je la dulu...huhuhu


Kaum lelaki berpeluang menziarahi perkuburan Baqi' yg terletak beberapa meter saja dari masjid Nabawi.


Allahuakbar.. maka nikmat Tuhan yg manakah yg hendak kamu dustakan? Beruntungnya mereka...


Tak tahu berapa lama mereka di sini kerana lelaki dan wanita diasingkan. Ini pun minta suami ambilkan foto sebab wanita memang tak boleh ke sini punya.


 Kemudian, jemaah lelaki dibawa masuk ke dlm utk ziarah Rasulullah.. dari dalam.


Gambar2 ini pun suami yg ambil. Laluan ke sini khas utk lelaki. Kaum wanita yg paling hampir dgn sini adalah di Raudah yg dipisahkan oleh dinding. Jadi memang tak nampak pintu ke makam ni..

Utk ziarah masjid, hanya itu sahaja.. tak lama pun.. lepas tu pandai2lah cari masa dan peluang. Sebab uzur dan tak boleh masuk masjid.. sesekali aku dtg sorang2 (dlm 100m ja dari hotel) dan lepak di dataran berpayung. Berzikir dan menghayati. Ada jemaah wanita dr negara lain pun buat perkara yg sama. Bagi yg boleh.. mereka mengejar 40 waktu solat di masjid ini.. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment