Friday, March 28, 2014

Ke Madinah kita

A195
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". (A-li'Imraan 3:195)

29 Zulhijjah 1434H = 3 November 2013

 

Berpagi2 kami hari ni utk memulakan perjalanan ke Madinah. No bas telah ada.. hotel penginapan pun sudah tahu.. siapa roomate baru pun dah tahu. Perjalanan kami merentasi padang pasir tandus dengan gunung ganang kiri kanan. Terasa jauhnya utk sampai..

 

Bagaimana ketika Rasullulah berhijrah dahlulu? Menaiki unta dan tiada jalanraya... panas terik yang memancar... kita hari ni naik bas.. beraircorn lagi..

 
 
Itu bas depa la.. bas kami ada gak aircorn tapi tak terasa.. nak buka cermin.. sikit boleh la.. berdebu di luar.. Ada yg dah bising2 di belakang.. menyalahkan TH sebab bas tak elok la.. bayar mahal perkhidmatan bla..bla.. bla.. Sabar je la.. haji2.. kita ni menuju tempat suci.. tempat Rasulullah bersemadi.. sabar banyak2.

 

Ini kira R&R sana la.. yg tak serupa R&R langsung.. Bab ni kerajaan depa memang fail. Dah tahu berjuta2 setiap tahun melalui jalan ni.. patutnya dah dibangunkan dgn elok...  Semua bas stop di sini.. makanan ada tapi aku kenyang dah. Tandas? sure tak lalu punya.. depa yg nak masuk pun belum sampai pintu tandas dah nak termuntah. Ada masjid di belakang, tandas kunci pulak.
 

Nak membuang juga pandai2 la.. ada makcik2 indon ni ajak aku cari port. Bantu membantu.. nun di belakang bangunan ni kami tolong2 lindung sama2.. aku sorang dgn 4 lagi Indon. Lepas tu geng2 aku yg lain pun kena juga la kat port ni.. bawa air mineral ya.. Buang yg kecil je tau..


 Bangunannya tak terjaga. dalam bangunan ni pulak aku nampak berlonggok kentang n bawang.. guna ke idak ntah la.. sementara tunggu bas bergerak kami lepak kat sini kejap.

 

Ni bas kami.. ada yg dapat bas elok sgt2..macam bas express kita.. rezeki depa.. ini bahagian kami.. bas kami kena stop di sini (kali ke2 ni) sebab air aircorn habis.. Alhamdulillah.. kurang2nya kami boleh membuang dgn selesa kali ni. Masjid ni ada tandas dan bilik air yg bersih di belakang. Udara pun nyaman.


Makanan tak perlu risau. Sepanjang perjalanan ni kami dapat 3 kotak makanan dan minuman dari pihak yg menyumbang. Lapar kalu buka la biskut2 yg ada.. Jadi, walau bas ni henti dlm sejam kat sini.. kami ambil peluang berfoto2.


Ini drebar kami.. rasanya dia org Eygpt kut.. Aku sms kakak di Malaysia.. "camna nak tanya tempat ni nama apa?" Kakak kata "takkan depa tak tau cakap Melayu?" Balas balik.."sini tanah arab la" Kakak pun bagitau "haza masmuka makan?" Ntah ya ntah idak aku pun tanya si drebar.. dari cara dia jawab rupanya dia pun tak tau tempat ni nama apa!

NOTA: B4 bertolak dari Makkah, depa dah pakat kutip sorg SR2 utk bagi kat drebar. Takut2 drebar buat hal jika tak bagi apa2. Ye ke? Tapi alhamdulillah.. drebar kami ok. Tak buat kerenah.. siap dpt minum free lagi.


Akhirnya tiba di Hentian Al-Hijrah utk urusan pemeriksaan ketibaan. Tak boleh turun unless nak pi tandas. Budak2 ni sempat posing bila aku halakan kamera kat depa!

 

Memasuki kota Madinah ketika hampir Maghrib. Perjalanan hampir 8 jam. Kalau dgn kereta hanya 4 jam kata Kayna. Allahuakbar.. akhirnya aku dapat menziarahi mu ya Rasululullah.


Construction pun banyak juga.. utk pembangunan kota. Semoga ada manfaat.


Inilah penginapan kami. Alhamdulillah.. selesa. Aku, K.Aziah, K.Ram dan K.Nor sebilik. K.Has, Min sebilik dgn maklong. K.leha terpisah ke level7.


Ada dua zon penginapan jemaah di sini. Kami di zon 2. Semua penginapan memang hampir dgn masjid. Jangan risau. Yg perlu risau mampukan kita berteruasan ke masjid dan menziarahi Rasulullah. Aku? huhuhuu.. terpaksa menunggu utk ke masjid.. 8 hari saja ni.. Sempatkan aku Ya Allah utk berada di dalam masjid RasulMu...perkenankan permohonan ku Ya Allah.

No comments:

Post a Comment