Friday, March 14, 2014

Hari-hari akhir di Makkah

A091
(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), -(An-Naml 27:91)

Melalui minggu akhir berada di tanah Makkah terasa sayu pulak... lepas ni nak berangkat ke Madinah. bila pula akan menjejaki bumi haram ini lagi..


Lensa Rizam membidik suasana di Marwah dari tingkat 1... sentiasa saja ada orang lepak2 atas puncak Marwah yg agak rata itu.


Laluan Saie di tingkat tiga dan ground level. Dua kali saja kami ke ground level ni.. bukan utk bersaie tapi utk melihat sendiri kaki bukit Safa dan Marwah. Di sini juga kami ditemukan dgn dua jemaah kita yg mencari2 jalan keluar. Kesian makcik2 ni.. datang dgn kawan2 nak pulang terpisah.. tersesat ke sini. Mari kami tunjukkan jalan. Allahuakabar.. tak tahu pula seorang dari mereka tidak pernah naik escalator! Jatuh dia... ribut sekejap di escalator ke tingkat satu. Pegang tangan kami makcik.. Insyaallah.. makcik tak jatuh.. kami jaga. Alhamdulillah.. tiba di atas mereka sudan kenal jalan pulang.


K.Leha.. K.Leha.. sempat lagi minta mamat2 jaga pintu ni posing utk you... Hebat Hajjah ni.. hahaha.


Sebahagian suasana Makkah ketika ziarah. Panas macam kita sekarang tapi terasa nyaman.


Aku tertarik dgn mural di tembok tu. Warna2 ceria. Satu2nya mural yg aku nampak.


Hampir dgn penginapan adalah masjid Jin. Di masjid inilah diriwayatkan rasulullah telah mengIslamkan jin2 yg nak masuk Islam. Boleh jalan kaki ke sini.


Aku tau.. aku tau siapa jemaah ni yg sedang menikmati suasana malam di Makkah. Nikmatilah sepuas2nya kerana kita tak tahu bila akan ke sini lagi.


Agak lengang bila selesai Isyak. Kerja2 pembersihan dilakukan masa ni utk menanti waktu subuh pula.


Satu2nya tempat yg tidak pernah tidak padat.. Baitullah... Ya Allah.. sesungguhnya kami pasti akan merindui Baitullah ini.. jemputlah kami ke sini lagi...


Kedai2 makan dan jualan yg banyak.. boleh dikatakan semuanya peniaga dari India, Bangladesh dan sewaktu dengannya. Susah betul nak tawar harga di sini. Ada rezeki Insyallah dapat yg berpatutan.


Agak2nya bila aku nak datang sini semula.. apa ada di kawasan ini? 6 bulan sebelum kami tiba, di sini dipenuhi bangunan2 hotel dan penginapan murah.


K.Has dan K.Milah sempat lagi 'culik' budak comel ni.. geram sangat lah tu dgn kecomelan anak2 Arab ni...


Tong2 air zam-zam ada di mana2. Minumlah puas2 bila berada di sini.. tak perlu bayar semua percuma. Pulang ke tanah air kena bayar jika ingin menikmatinya.


Kawasan solat jenazah di laluan masuk Bab Ismail. Nampak tak ada satu jenazah bertutup kain biru? Saya diberitahu.. jenazah ditutup dgn kain berwarna tertentu mengikut negara/region mana mereka datang.. Wallahualam.. ada kain biru, hijau, coklat



Baru aku perasan bila tengok gambag ni.. memang betul la suami aku kurus! Balik Malaysia.. org dok tegur dia kurus.. ada tanya dia sakitkah? AKu tak perasan sgt sebab hari2 tengok... Gambar ni buktinya dia kurus.. kurus sebab berulang alik ke haram setiap hari.. Insyaallah


Dari luar Safa tower sebelah kiri...Laluan jemaah2 yang akan masuk pintu King Aziz.


Ini laluannya.. ia lebih redup dan nyaman kerana dilindungi oleh bangunan2 di kiri kanan. Berbanding kami yg melalui kawasan parking bas yang panas dan berdebu.


Anak2 ini mengganggu ibunya utk solat di Safa. Bila ibunya solat aku menghampiri dengan lebihan fries yg ada di dalam beg.. Masyaallah.. dua anak lelakinya kelaparan rupanya. Dimakan dgn begitu cepat sekali fries hingga habis. Dua kakaknya pula malu2 utk makan. ALhamdulillah. sekurang2nya ibu mereka boleh solat dgn tenang. AKu? Tak solat? Ha eleh.. paham2 je la.. kan ini Safa.. tempat lepak aku bila tak solat...


Merpati.. dilarang membunuh haiwan buruan di tanah haram samada berihram atau tidak.


Babussalam yang dicari. Tak jumpa2 sehinggalah minggu2 akhir di sini. Rupanya ia di ground floor. Tulisannya pun sukar di lihat jika tidak diperhatikan betul2. Dan baru dibuka selepas construction di kawasan berhampiran. kenapa cari? Sebab sunat masuk Masjidilharam melalui pintu ini, dan ada doa utk dibaca bila melaluinya. Doa itu ada ditulis pada pintu... Satu lagi pintu yg ada doa utk dibaca ketika melaluinya ialah Bab Syaibah. Jika nak tahu sejarah silalah google ya...

No comments:

Post a Comment