Monday, March 3, 2014

Tandas

A093
Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(Al-Maaidah 5:93)


Ok.. aku nak cerita sikit bab tandas yg ramai jemaah risau sangat. Memang tandas terhad. Ada 30 tandas pun yg nak guna hampir 2000 jemaah.. Separuh lelaki separuh perempuan. Sebelah menyebelah. Hari kedua 5 tandas L jadi tandas P sebab pompuan kan lama sikit masuk tandas dgn pakaian yg berhelai2. Lelaki mudah ja..ada yg bertowel ja.. masuk camtu keluar pun camtu. Pompuan kena tutup aurat weh.. jgn cari pasai (walau ada yg tak jaga aurat sepenuhnya terutama kaki)...Masyaallah.

Setiap tandas ada tandas (cangkung atau duduk) dan air hujan mandi. Ada yg OK ada yg KO. Beratur la hajjah2.. haji2.. jgn main potong barisan. Kalau tak tahan minta laluan. Dapat punya. Hari pertama dan kedua kita kena banyak sabarrrrrr. Yg guna tu ada dari khemah lain terutama Indon dan chinese mongolia (aku agak la). Kalau dia tak tahan, dikencingnya depan2 kita jugak.. sabar..sabar..sabar.. jgn marah2. Jangan saja2 pi tengok pulak! Buat dono dah la.. Kita cakap pun depa tak paham. Hari ke3 dan ke4 ok sket sebab depa dah balik Makkah.. Nafar Awal.

Kalau uzur, pi tandas masa solat jemaah memang tak ramai. Dan juga dlm pukul 10am.. petang antara lepas zohor nak ke asar tak ramai orang. Mungkin ini membantu. Tandas memang berbauuuuu... bau yg menyucuk2. Sekali lagi.. sabar.. guna ja.. ini bukan rumah kita.. Beribu guna tandas yg sikit utk setiap maktab. Dgn paip rosak la.. ada masa air tak keluag.. maka kuranglah tandas yg boleh digunakan. Gunalah yg mana boleh. Pandai2lah bertolak ansur.

TH dah ingatkan.. jgn basuh baju.. jgn basuh baju... ada yg degil.. basuh juga. Dah basuh.. jemur kat tempat terbuka.. (termasuk yg dalam2...Masyallah.. tak ada rasa malu ke?) Membasuh ini yg sebabkan kat tandas tu boleh jam. Laluan sempit. Nak beratur lagi..yg nak mencuci lagi, nak berwuduk lagi. Kena saling ingat mengingatkan. 4 hari je pun.. simpan baju bawa balik hotel.. boleh hantar dobi. Oh ya.. kalau setakat nak gosok gigi, (wuduk pun boleh), bawa botol air utk tadah air dan berus di luar. Jadi tak ganggu yg beratur nak membuang dan mandi. Gunakan apa saja kesempatan yg ada utk jimatkan masa. Lagipun kita dibekalkan dgn botol spray utk berwuduk.. boleh guna bila terdesak.

Pihak muasasah ada baiki tandas hari ni. Nak jadi story... aku kat dalam tu... garang siut.. walau aku tak paham bahasa dia.. tapi aku tau depa marah2 suruh aku keluag cepat sebab dia nak betulkan paip. Sabar la... kita kan pompuan.. banyak helai nak memakai.. bukan boleh semberono je keluag. Ha ele.. dok tunggu depan pintu aku 3 orang lelaki tak hensem pun.. hahaha. Masuklah nak masuk sgt. Dah selesai dah aku... hahaha.. rupanya aku sorang yg tinggal... org lain dah keluag tunggu depa ni baiki paip kat dalam..

Jemaah pompuan.. tolonglah jaga harta2 anda.. jgn ada yg cicir pakaian dlm pastu tak ngaku lak tu. Jangan la tinggal pad/panty liner kat dalam tu. Botol2 kosong pun jgn la tinggal. Kan ada tong/plastik sampah di luar. Kesian petugas2 yg sukarela buang semua tu. Bukan sikit, banyakkkk. Ingatlah.. kita ke sini utk beribadah.. bukan utk susahkan orang lain... tak ke berdosa bila kita menyakitkan hati orang dgn sikap tak bertanggungjawab kita tu? Tandas lelaki aku tak tau la... tak penah tanya En.Suami punnnn.  Aku agak2 teruk juga tapi tak seteruk orang sebelah sini..(laki kan tak pakai pad..hahahah)

Tahap ujian kita bermula sejak di Arafah lagi.. dan di Mina inilah puncak kesabaran benar2 diuji... (kata ustaz TH la... aku simpan lam memori). Memang betul pun.. di sinilah macam2 hal boleh terjadi. Kalau berbaik2 ngan ustaz ustazah pembimbing TH macam2 cerita bole kita tahu. Ada yg sesat mencari2 khemah dari jam 2am-9am. Bayangkan seorang pakcik tua tercari2 khemah utk rehatkan badan.. tentu lapar dan dahaga dalam masa tersebut.. Allahuakbar... Moga beliau memperolehi sesuatu dari peristiwa ini. Oleh itu jemaah2 sekalian.. banyakan bersabar.. banyakkan istigfar.. moga kita dalam peliharaan Allah swt.

Huh.. panjang gila pasai tandas.. boleh buat satu entri. Akhir kata... gunalah tandas sebaik2nya. Jagalah kepentingan awam utk kebaikan semua. Ingat... kita di sini utk beribadah.. kita mudahkan orang Insyallah Allah mudahkan kita...

 A155
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah 2:155)

No comments:

Post a Comment