Selepas dijamu dgn begitu baik oleh Kayna.. ada seminggu lagi sebelum kami bertolak ke Madinah. Maninggalkan Makkah? Aduhai.. bila lagi agaknya aku akan dijemput ke sini.. ?
Maka, aku dan suami cuba mengubah selera dari hidangan TH ke hidangan Pizza Baith dan juga inti kebab bersama fries, jeruk (tak masuk taste aku jeruk ni) dan roti kebab. Pizzanya memang sedap... kebab sedap juga tapi dah kenyang tak abis..
Selain aktiviti ke masjid dan jln2 shopping sikit2 utk last week in Makkah, aku ajak Kayna panjat Jabal Nur.. ke Gua Hirak. Dah lama menjadi impian aku ke sini. Selama ni asyik tengok dalam tv ja..
Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit); (An-Najm 53:7)
Dari kaki bukit Jabal Nur. Kami bertolak lepas asar dari hotel.. Tiba di kaki bukit ni ketika masuk waktu maghrib.
Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, (An-Najm 53:8)
Di masjid ini kami (aku dan suami, K.Inah dan suami, Kayna n Majeed n Taufiq n Safa) menunaikan solat maghrib. Masjid2 di sana yg saiznya seperti surau di sini tapi sentiasa ada jemaah.
Selesai sudah solat. Menunggu utk mula mendaki. Ini permulaannya. Laluan dakian sebelum betul2 ke kaki bukit dipenuhi rumah2 penduduk2 dari India, bangladesh, pakistan dan sewaktu dgnnya. Pasti mereka sudah lama mendiami kawasan ini (legal or illegal, wallahualam).
Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi; (An-Najm 53:9)
Baru 1/10 perjalanan dah mengah.. Pemandangan dari tahap ini memang cantik.. cuma gambar aku amik je tak marveles... tapi boleh lagi nampak cahaya hijau dari masjid2 berdekatan.
Baru 1/10 perjalanan dah mengah.. Pemandangan dari tahap ini memang cantik.. cuma gambar aku amik je tak marveles... tapi boleh lagi nampak cahaya hijau dari masjid2 berdekatan.
Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. (An-Najm 53:10)
Dah tiba dipuncak...dengan bilangan henti2 yg tak terkira banyaknya.. Si taufiq relax ja.. dia ngan abinya sampai awal dari kami. Maklumlah.. orang muda.. kita ni dah berusia.. yg menjadikan aku nak juga sampai atas walau dah give up sebab tengok makcik2 dari India n Pakistan yg turun.. badan depa lagi besar.. dah tua2 pulak tu.. kalau depa boleh sampai puncak.. aku pun BOLE!
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya. (An-Najm 53:11)
Kami tiba dipuncak ketika waktu Isyak.. Sejam juga la memanjat. Ada ruang terbuka utk solat di sini.. terutama bagi lelaki. Aku bole rasa la.. solat kat puncak ni.. mengadap Baitullah nunnnn di sana (nampak jam besar tu la) amat menyasyikkan. Udaranya nyaman. Jadi, sapa2 nak ke sini.. mulakan waktu magrib.. taklah panas mengengat. Laluan utk menajat pun sudah ada anak2 tangga yg dibina oleh geng2 Pakistan dan sewaktu dgnnya.. Fisabilillah kata mereka.. dgn mengharapkan derma2 dari pendaki2 barang seriyal dua utk beli bahan2.
Jangan tak tahu.. di puncak ini juga ada gerai teh tarik! Boleh cakap melayu sikit2 mamat tu. Aku dah penat nak amik gambar.. letih memanjat. Boleh rehat2 kejap di gerai sambil minum2 utk memulakan langkah seterusnya. Ingat.. guanya belum jumpa...
Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? (An-Najm 53:12)
Masih di puncak. K.Inah dan suami (yg mengikuti kapal Manimara yg diserang Israel beberapa thn lepas). Seronok dengar dia bercerita tantang serangan Israel..
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (An-Najm 53:13)
Dari puncak, perlu turun tepiiii bukit dalam 25m utk sampai ke lorong masuk ke gua. Dari sini nampak jam besar amat jelas. 7.45pm.
Dari puncak, perlu turun tepiiii bukit dalam 25m utk sampai ke lorong masuk ke gua. Dari sini nampak jam besar amat jelas. 7.45pm.
Di sisi "Sidratul-Muntaha"; (An-Najm 53:14)
Ruang yg amat sempit utk ke pintu gua.. kena kempiskan perut.. lentok2 sikit ikut batu besar yg menghalang... Masyaallah.. bagaimana ya Rasulullah dahulu bersusah-payah ke sini dan menerima wahyu pertama di sini.
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (An-Najm 53:15)
Akhirnya.. di pintu Gua Hirak.. Masa ni ramai jemaah indon. Ada dalam 20 orang. Mereka mengaminkan doa ketua mereka..hampir 20 minit. Lepas tu diminta pula sorang2 baca doa sendiri 5 minit! Dekat 30 minit kami tunggu nak merasa berada di dalam gua. Abis 5 minit.. ada pulak sorang tu solat dalam gua pulakkkk! Sedangkan di kaki bukit dah ada papan tanda menyatakan jgn amalkan perkara bidah di sini. Ini bukan tempat mustajab berdoa. ini tinggalan sejarah utk kita hayati.. Wallahualam
(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. (An-Najm 53:16)
Aku dan K.Inah (bersemangat dia walau tekanan darah rendah!). Selepas menunggu punya lama.. dapat juga masuk dan posing..hehehe. Bila di dalam gua.. mengadap ke jam besar.. betullah.. dulu kota Makkah bukan banyak bangunan2.. maka nampaklah Baitullah dari gua ni.. nunnn sayup mata memandang.. la ni dah dilindungi oleh hutan batu... yg jadi fokus jam besar tu pula.
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.(An-Najm 53:17)
Dah puas kami di sini.. Alhamdulillah.. salah satu impian aku tercapai.
Dah puas kami di sini.. Alhamdulillah.. salah satu impian aku tercapai.
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (An-Najm 53:18)
Ketika menuruni memang lah tak seteruk mendaki.. tapi banyak juga la pit stops aku.. lenguh lutuit ooo..sakit urat betis... seminggu baru hilang.. Roomate aku kata cari penyakit! Penyakit pun penyakit lah.. kurang2nya aku sampai ke tempat di mana Rasulullah menerima wahyu pertama!
Dah sampai bawah, Kayna n family tak ada! Tak kan depa tinggai kami kat tempat orang kut... dak aih.. Kayna kata depa pi order makan dulu... Lapar ooo.. ingat tak lapar ka... Sementara menunggu kami pekena teh kat gerai di kaki bukit. Kaw kaw punya.
Majeed bawa kami ke restoren Arab la.. takkan melayu kut. kayna kata kali ni kita makan makanan yg betul2 arab.. Alhamdulillah.. rezeki lepas penant mendaki.
Posing dulu sementara tunggu Majeed siapkan hidangan.. bubuh apa yg patut.
Aku ada cakap kat Kayna.. "laki hang cakap macam Chef Ammaf di Tv Alhijrah la.. " Kayna kata.. "tu kawan Majeed la".. hehehe patut sama je slang..
Makan dalam talam.. dah lama tak makan gini.. memang best la... dah tu sedap pulak... Nasi abis.. ayam tak selesai bagi pihak lelaki abiskan. Roti tak abis... K.Inah tapau utk roomate dia. Kebab abis.. aku rasa tak cukup pulak kebab daging tu.... sedap sgt.
Licin.. si Safa dok usha apa yg boleh dicapai lagi. Taufiq dah hanyut dgn mimpi2 indah dia.. Selesai sudah utk hari ni. Balik hotel hampir kul 12 jugak la.. Pagi nak bangun awal.. err.. bangun ke? Ke hanyutttt?
Apa2 pun, terima kasih banyak2 Kayna n Majeed. Hampa banyak tolong kami masa di sana. Hanya Allah yg dapat membalasnya.. Semoga hampa beroleh kemurahan dan keberkatan hidup. Amin
No comments:
Post a Comment