Dan tidakkah mereka melihat dan memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan (Makkah, negeri mereka) tanah suci yang dihormati, lagi aman; sedang orang-orang ramai yang tinggal (dalam daerah-daerah) di sekeliling mereka sentiasa diculik (untuk ditawan atau dibunuh) ? Oleh itu, patutkah mereka percaya kepada perkara yang salah, dan kufur ingkar akan nikmat-nikmat Allah? (Al-'Ankabuut 29:67)
Sesekali cuba berada di atas bumbung Masjid. Di sini jemaah kurang padat. Solat juga selesa tanpa mengiraukan panas matahari terik.. ia cuma sementara. Tawaf juga selesa tanpa menghiraukan jarak pusingan yang lebih jauh berbanding dataran. Cuma di sini bila tawaf.. jagalah bahu kita agar masih lagi mengadap Kaabah.
Deretan kren yang bekerja siang malam selagi pembesaran masjid tidak siap sepenuhnya.
Usai solat, dataran di pintu 1, King Aziz, agak lengang tapi tunggu sejam dua lagi sebelum azan berkumandang. Pasti penuh dgn jemaah. Solatlah di dalam masjid.. sekurang2nya kita dapat beriktikaf sebelum masuk waktu. Dataran ini bukan kawasan masjid.
Ada ketika jika rezeki kita, akan ada ruang2 kosong utk menghampiri Kaabah dan Hijir Ismail.
Jemaah tetap ramai. Ketika ini masing2 melakukan umrah atau tawaf sunat.
Perbanyakkan tawaf sunat bila berkesempatan. Ianya mudah kerana tidak perlu berihram.
Safa.. dihujung level satu biasanya begini lah keadaannya. Sejuk.. Tempat aku lepak ketika uzur dan mencari ruang pahala di sini. Sekali, mengasuh bayi India (4 bln rasanya) tanda diminta. Ketika itu ibunya bersolat. Kasihan.. menangis kelaparan atau mengantuk barangkali. Aku dukung ke sana sini pun masih menangis. Lantas, aku bagi cawan plastik yg ada.. senyap dia main cawan tu.
Ketika lengang beginilah, pekerja mengambil peluang memcuci lantai masjid. Allahuakbar.. betapa beruntungnya cleaner2 di sini. Kata seorang cleaner, "gajinya tidak lumayan bu. Cuma SR700. rumah tinggal disediakan. transport kerja disediakan. Tapi Alhamdulillah.. saya dapat kerjakan haji dan umrah percuma."
No comments:
Post a Comment