Thursday, March 27, 2014

Ronda-ronda Pulau Mutiara

A074
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74)

Selasa, 25 Mac.. Rasa malas nak keja la pulak. Amik cuti.. baring2 kejap sementara tunggu Emad bangun tidog. Dia bangun ja.. jom siap.. kita pi jalan2 hari ni. Abah pi keja.


Sebab Emad nak naik kapal, kita naik feri.. bagi dia berani sikit... bas dah selamat, lif dah ok.. now mengatasi ketakutan pada feri. Alhamdulillah.. dah kurang takutnya.. mau juga jalan2 atas feri.

Turun feri, nak pi mana ni? Nak pi mana ni? Kalau jalan kaki ikut ja ke mana kaki melangkah.. ni bawa kereta.. ikut ja stering tu ke mana ya? hhmm.. kona kanan... jlnnnnn


Hah.. nampak ni. Kita pi muzium kali ni... cari parking.. cari parking... aiya.. kena bayar. Empat kupang utk 30 min. Mana mau cari kupon? Alhamdulillah ada amoi ni sudi jual 2 kupon dia kat aku. Bayaran muzium lak dewasa RM1 dan sekolah rendah 50 sen. (rasanya)


Tengah2 panas rembang 12.55pm.. Emad enjoyed the walk! Seronok dpt jalan2 di tengah kota.

 

 Dalam muzium tak leh amik gambag. Aku snap sekeping ni je la.. gambag2 poskad. Di luar panas terik. Mana nak pi lagi? Tanya adik tiket di muzium tentang street art. Dia bagi map.. oo tak jauh ni.. jom kita.
 

Dekat2 sini aku parking, Jalan Argus. Ini Love Lane. Meh Emad kita jalan2 lagi. Penat eh? tunggu ibu di sini ibu amik keta.


Ingatkan lukisan di dinding. Rupanya dibuat dari besi gitu. Ini yg no 4. Letaknya berselerak.

 

 INi yang no 5 dan no ????. Yg lain2 nampak juga.. dari dalam keta je la.. dah penat jalan2 tengah panas. Ok.. kita ronda lagi.. haha.. ibu tau.. jom pi kebun bunga.


Ada tram sekarang. RM1 dewasa. Emad suka dapat naik train! Kera2 dah tak banyak. Hati2 barang makanan. Jaga adik takut kera sambar juga! Kami singgah beli aiskrim.. laju je kera sekor ni ikut bila nampak. Sorok cepat.. masukkan lam tudung.. cepat kita keluar dari sini. Kang kera ni ikut lagi..


Dah ada taman ni.. tapi rumput dah kerng.. boleh la posing kejap.. bagi Emad ronda2.. nanti senang dia mau tidog. Dah dekat jam 3 ni.. jom pi surau kita solat. Surau kebun bunga ni aku bagi 5 star. Memang bersih. Puas hati. Walau ruang solat kena naik atas.


Dah solat pusing2 ikut stering. Dah masuk georgetown.. kona kiri mau ke Chowrasta.. kita pi kanan. Queensbay mall.. pi beli buku pulak. Makan2 di secret recipe.. Emad dah tersenggok2 masa makan. Jom baliklah.. kita solat di Surau Taman Pauh nanti.

Selesai pusing2 sehari... sesat? Insyaallah.. kalau sesat pun dalam pulau jugak.. bukan sampai negeri lain pun. Lain kali kita buat lagi.. ikut je stering...lalalala

No comments:

Post a Comment