Wednesday, March 5, 2014

Kembali ke Makkah

A034
Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Al-Anfaal 8:34)

 15 Zulhijjah 1434H = 20 Oktober 2013


Suasana di Makkah, MasjidilHaram terutamanya, masih padat. Padat seperti sebelum ke Masyair. Yg menyelesaikan ibadah haji, mahupun yang mengerjakan umrah. Musim selepas haji aku ambil peluang tawaf di bumbung masjid dan di dalam masjid. memang jauh berjalan tapi tidak perlu bersesak2 dgn manusia hingga berhimpit2 lelaki dan perempuan.


Di dataran saie agak kurang jemaah. masih boleh bertenang2 tanpa perlu meredah lautan manusia, tidak seperti dataran Kaabah yg padat.


Deretan paip air zam2 disediakan utk kemudahan jemaah di laluan saie. Stiap hari kami bawa botol mineral utk mengisi. Minumlah sepuas2nya semasa berada di sini.


Nun di belakang hotel penginapan kami. Inilah laluan kami.. kawasan parking bas. Ingat entri aku yg lepas2? Habuk pembangunan dan asap bas serta debu2 pasir.. pakai mask.


Dari pintu 1 - King Aziz, bergerak ke kiri pasti nampak ini. Hazihi maktabah- inilah perpustakaan di masjidil Haram. tak masuk pun. Boleh ke masuk?


Rekabentuk hiasan dalaman yg mengkagumkan aku dan pemilik foto ini, K.Leha.


Aku datang dengan sandal Asadi. Selepas haji, sakit jari2 kaki, aku beli selipar jepun ni.. SR5/SR10? Tapi tak tahan la.. sebab pakai selipar jepun ni tapak kaki panas.. laluan bertar yg dilalui tiap2 hari tu memanaskan tapak kaki. Jadi balik ke Asadi. Selipar ni buat pakai dalam kawasan hotel. kemudain tinggalkan utk sesiapa guna. semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment