Friday, February 28, 2014

Mina - 3

A095
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa. (Al-Maaidah 5:95)

12 Zulhijjah 1434H = 17 Oktober 2013


Kalau boleh baca yg bertulis hijau floresen tu "Don't set on roads". Sabar je lah. English depa memang out. Jgn hiraukan yg tu. Kita nak melontar hari tasyrik ke-2.


Sampah lagi. Aku rasa sampah2 ni akan clear selepas Mina dikosongkan kerana selesai ibadah melontar. Berhampiran kaki lima kawasan perkhemahan kami ada penjual2 yg menghampar kain dan menjual barang2 sprt baju, kopiah, tasbih, alas meja dan peminat2 fridge magnet sekalian.. di sinilah tempat yg paling banyak magnet dijual. Sila buat pilihan. Harga pun berpatutan. Aku tak singgah beli pun.. panas.. tak sabar nak masuk khemah.

Ke jamrah 2.0 km. lebih kau.. bukan 2 km.. pi balik rasanya dekat 7-10km. Tak bawa tali la pulak utk ukur..


Di balik2 tembok ni ada jemaah pasang kain buat lindung dr matahari. Di situlah depa makan tido sementara tunggu waktu melontar. Mungkin mereka ini yg tiada khemah utk berehat. wallahualam.


Pihak TH ada juga sebut, tidak boleh/sukar berkerusi roda ke sana.. bermakna yg berkerusi roda boleh wakilkan orang utk melontar. Tapi.. pada pemerhatian aku.. berkerusi roda tiada masalah pun utk melontar. Cuma pastikan ke sana pada bukan waktu puncak/afdal. Insyaallah dapat melontar sendiri dan merasai pengalaman manis ini.


Itulah jamrahnya... mula2 tengok macam tak percaya aku berada di sini.. Alhamdulillah.


Ini gambar ketika rusuhan kecil. Kami hampir terperangkap di sini. Kami melontar ketika hampir zohor. Bila azan zohor, kami dah on the way balik. Tiba di tengah terowong, lorong sebelah utk ke jamrah tak bergerak. Punyalah padat sampai tak bergerak langsung orang2 di situ. Tiba2 polis yg ada lari.. ah.. sudah.. lari ke jalan lari ke jalan?

Suami suruh teruskan tapi cepat2. Rupanya2 jemaah lorong sebelah tak sabar sebab tak dapat bergerak. mereka melompat masuk ke laluan bertentangan (utk laluan balik). Nak kejar waktu afdal kut. Apa yg dikhuatiri sejarah muassem berulang kerana pertembungan dua arah bertentangan. Alhamdulillah, rasanya tiada kemalangan berlaku. Kami pun sampai khemah dgn selamatnya.

Dan.. tiba di khemah depa bagitau (masa kami kat terowong tadi) ada pengumuman minta jemaah melontar selepas jam 2. Syukur kami dah selesai utk hari ni.

No comments:

Post a Comment