Monday, February 10, 2014

Memperkenalkan...

A177
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah 2:177)


Alhamdulillah... entry awal2 dulu aku ada sebut nama2 roomate aku di Makkah.  Kali ni.. sebelum bertolak ke Arafah utk berwuquf... saya nak kenalkan mereka dgn lebih lagi... Bermula dari kiri..

Min (Jasmin) yg paling muda antara kami...37 tahun masa tu. Dia meninggalkan 3 anak pompuan di bawah jagaan keluarga di kampung. Min suri rumah sepenuh masa selepas berhenti kerja 3 thn lepas rasanya. Rasanya dia paling tak banyak cakap dalam bilik kami tu. Relax.. tenang je... selalunya dia peneman K.Has.

K.Has (Haslina) cikgu sekolah rendah.. Suaminya guru besar.. sekolah aku tak ingat. Anak pompuan 3 org..sorg di Mesir buat medic, sorag di UKM sorang di rumah. Aku rasa dia lah kaki kepoh sekali.. (maaf ya K.Has..). Kalau dia bersembang.. mak ai... macam tak dak full stop. Nak mencelah pun susah... Dan K.Has ni mudah risau pasai benda2 kecik... tapi.. kat bilik kami tu dia la yg paling rajin sapu sampah atau bulu2 carpet yg banyak tu...

K.Milah (Jamilah) dan suaminya pula Jamil. Biar betul! Ini nurse pencen lama dah.. Mula2 kami sembang panggil kak milah kak milah.. bila tanya umur berapa.. 65! huiiii.. makcik ni... Awet muda youuu. Tenaga ngalahkan org muda. Ada anak pompuan 2 org... pompuan lagi... banyak benor anak pompuan. Kami satu bilik suka benar ngusik K.Milah.. kesian kat dia...usik2 sayang..

K.Leha (Siti Zaleha) cikgu GiatMARA.. letrik2 ni bagi kat dia la... Agak kelam kabut juga. Pun jadi bahan usikan kami. Ada 5 anak lekai n pompuan. Selalunya K.Leha suka bergerak sorang2.. mudah.. cepat dan pantas. Dia la paling rajin ke Haram. Solat jumaat di Haram tak penah miss sampai yg jumaat terakhir abis satu bilik diangkutnya solat Jumaat. Paling aku respek.. tiap kali dia pi solat akan ada bugkuih kurma sekg dua utk diagih2 pada jemaah yg ada keliling dia... Murah rezeki dia.. Banyak pahala tu...Buah2 kami yg banyak kat bilik pun diangkutjuga bila tak dak yg nak makan... Alhamdulillah. Sama2 share pahala.

K.Aziah (Aziah) cikgu sekolah menengah. Anak lelaki ada 2 org. ooo.. anak sulung dia sama sekolah rendah ngan anak sulung aku la... Orangnya biasa2 saja.. nak kata cakap banyak dah ada pemenang.. nak kata kalut memang tak... selalunya aku bersama2 dia. Dia peneman aku aku peneman dia pada masa2 tertentu. Kami yg selalu ke sana sini cari maklumat bersama sampai ustaz pun dah cam muka.

Aku? Cerita aku tak perlu.. kenali aku seadanya dari blog ini sudah memadai. ALhamdulillah.

NASIHAT AKU: Buat bakal2 jemaah Haji/umrah.. belilah sekg dua kurma dan bawa ke masjid. Suka mereka bila dapat, sebab lama beriktikaf lam masjid.. lapar... Ini salah satu cara mudah nak dapat paha sadaqah. Sesekali.. bawa biskut2 kecil atau gula2.. aku hadiahkan pada anak2 yg menangis bila mak ayah solat... anak2 yg nakal2... diam mereka bila org luar mendekati bawa hadiah.




No comments:

Post a Comment