Wednesday, February 26, 2014

Anekdot Mina

A097
Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Maaidah 5:97)

11 Zulhijjah 1434H = 16 Oktober 2013

 

 Jam 2 pagi 11 Zulhijjah, kami berempat berkumpul di depan pintu masuk perkhemahan Maktab 91. Aku dan suami, K.Aziah dan suaminya, Halim.. Jurupandu kami si Halim..(dia pun macam kami gak.. semua 1st time...hehehe) Tujuan kami ke Masjidil Haram.

 
Nak naik  train ni? Jgan harap la.. ni bukan utk org luar. Utk orang tempatan ja ni... So berjalan kakilah kami. Kaki aku dah pedih2 dari semalam.. bukan kaki.. jarai2 kaki aku.. pedih gila.. sakit tapi aku gagahkan juga.. kuatkan semangat demi mereka.. hahaha Jalan punya jalan.. turun naik bukit sikit2.. akhirnya kedengaran..


"Haram.. haram..haram..."  ke Makkah la tu. Apa lagi.. hang tengok aku aku tenagok hang.. jom kita. Takkan nak jalan sampai sana kut.. penat wei.. jam 2 pagi ni. Kami pun dgn yakin naik la bas tu.. Bas sapu ni... "Khomsin..khomsin.." Errr.. macam SR50 je bunyi.. betul ka? Ya.. Sikit2 nombor Arab ni aku paham la gak... Mak ai... bayangkan kalau dia amik 40 penumpang.. darab 50. Satu trip dia dpt SR2000! Kaya pakcik!

 

What to do? Bayar je la... dah nak sangat ke Makkah. Org TH dah kata jangan tapi degil.. (tak buat dah kalau ada peluang.. penat...sakit kaki lagi.. Tobat lahum tak buat dah). Berdoa moga Allah permudahkan dan jaga kami berempat. Lain2 muka2 negara asing. Kami ja org Asia Tanggara.

Sampai di Makkah 3 pagi. Bas turunkan kami di belakang Safa Tower (jam besar tu). Turun pun macam dia nak cepat2 ja.. ada polis jaga.. maklumlah.. bas sapu.. macam teksi sapu gak. Kami pulak.. nak tawaf? Penat la wei.. balik rehat n tido kat hotel dulu.. Solat subuh kat hotel ja kami pagi tu. Sempat basuh kain baju jap.. dalam 2 jam kering dah... (jemur di bumbung hotel kau.. panasssss). 



Dalam 10.30 pagi yg mataharinya terpacak atas kepala.. kami pun ke Haram utk tawaf Ifadah bagi menyempurnakan haji kami. Alhamdulillah.. selesai tawaf solat zohor dulu. Kemudian sambung saie haji. Ini aku hairan. Dalam kaki aku duk nyut2 sakit.. aku abis dulu? Padahal aku dah jalan macam siput dah menahan sakit... 5 minit lepas tu baru depa sampai tempat berkumpul.

Alhamdulillah.. maka sempurnakah rukun ke5 kami.. haji. Dan kami juga tidak di dalam ihram lagi. Moga2 Allah menerima ibadah haji kami ini.. Aminnnn. Apa lagi lepas ni? Kita makannnn. Halim bawa kami ke Safa tower. Mahal memang la.. tapi sedap alhamdulillah.. sepinggan nasi mandy share 2 org. Paling aku suka coctail dia.. sedappp. Beli tempat lain tak sedap. Makan dan makan dan rehat2 pastu pi solat asar di masjid.


Now nak balik Mina camna? Suami lak sakit perut.. balik hotel membuang dulu. K.Aziah n hubby dah dpt teksi. Depa tunggu kami (Jazakallah). Drebar dah marah2 sebeb lama sgt... nak buat camna.. Tunggu je la.. Dia amik SR20 sorang. Ok la.. ingatkan sampai jamrah.. rupa2nya sekerat jalan ja sebab jalan ditutup utk kenderaan. 

Mak aiii.. menapak lagi... kali ni mau 3-4 batu jugak.. huhuhu.. dah tu nak ke level 3 kena naik bukit lak pulak.. tak dak yg turunnya... Orang memang ramai.. rasanya kami je kut orang Malaysia masa ni. Indonesia ramai la.. dan bangsa lain.

NASIHAT AKU: Kalau nak tiru kami.. pandai2lah cari masa yang sesuai. Ada pasangan balik ke Makkah tak dapat nak balik hotel langsung sebab laluan ke hotel ditutup. Kita ingat balik tawaf masa ni tak ramai/padat. Masyaallah padat jugak.. berhimpit2 jemaah tawaf. Jadi tak ada waktu yg tak padat di dataran Kaabah tu. Masing2 punya rezeki. Hanya Allah tempat bergantung masa ni.


Sakitnya jari2 kaki Allah saja yg tau.. Sabar.. sabar.. sabar.. sikit lagi nak sampai atas... Dah sampai atas.. nak ke tiga2 jamrah pulak.. adus.. sabarrrr. Kira batu..kira batu.. Alhamdulillah ada. Tak cukup kalu kutip ja on the way. Banyak. masa ni hampir zohor. Orang memang ramai. Kami terus ja melontar.

Bangsa2 India dan sewaktu dengannya yang ramai tu tak melontar lagi. Rupa2nya depa tunggu masuk azan zohor sebab utk 3 hari tasyrik ni waktu afdal melontar selepas zohor. Kami lontar je terus balik. Jadi tak berebut dgn mereka dan dapat rapat ke dinding jamrah. Mudah. Alhamdulillah.

NASIHAT AKU: Kalau nak tunggu waktu afdal, hati2 sebab memang ramai gila jemaah masa ni.. takut nanti tak dapat rapat ke jamrah dan batu tak masuk ke jamrah.. tak sah nanti.

Alhamdulillah. Selesai utk hari ni. Balik rehat sapu2 minyak kat kaki. Tidur.. makan. Solat berzikir. Buatlah sebanyak mungkin ibadah masa ni. Jangan paksa diri sampai mudarat.

No comments:

Post a Comment