Tuesday, February 25, 2014

Mina-1

A027
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunnya). (Al-Fat-h 48:27)

10 Zulhijjah 1434H = 15 Oktober 2013

Kami tiba di Mina dalam jam 2am. Alhamdulillah.. tiada masalah.. Ada bas yg tiba jam 10am-12tghari... ! Kasihan.. penat sebab semalaman tak tido di Muzdalifah.


 

Hari Raya Korban.. di sini kami bertakbir selepas setiap solat jemaah. Waktu melontar yg afdal pada hari ni bermula pada waktu dhuha. Ada jemaah yg pergi melontar sendiri walau pertama kali termasuklah K.Leha kami...


Beribu2 khemah kalis api dibina utk jemaah dari serata dunia. Cuma satu aku tak suka.. sampah merata2. Kat mana2 pun sampahhhhhhhh.


Untuk hari pertama, pihak TH membawa jemaah mengikut kumpulan selepas magrib kerana waktu ini tak ramai jemaah. Dari khemah, jemaah Asia Tenggara akan ikut laluan yg sama yg akan membawa kita ke tingkat 3 jamrah utk melontar. Yg ramai kita jumpa memang jemaah Indonesia.


Ini diambil dari tingkat 3 aku rasa. Sapa punya foto angkat tangan.. K.Has? K.Leha? Min? Aku lupa.


Dari jamrah.. nun di sana kelihatan jam besar Masjidil Haram. Jelas! Hari ni kita melontar Jamrah Kubra sahaja. Lepas tu boleh bergunting.


Suasana malam dari atas jamrah. Memang di sini malam sentiasa hidup. Rasa tenang dan gembira sahaja.. Memang rindu ngan suasana ini.


Di kawasan jamrah, bukan sahaja sampah yg banyak. Batu2 utk melontar pun banyak. Jadi tak perlu risau ketiadaan batu. Batu2 di lantai laluan ini boleh dikutip utk melontar. tidak salah mengambilnya. Batu2nya pun elok2 dan memang batu!



Sebelum.. masih berambut. Selesai melontar, sudah botak. Bersama suami K.Aziah, Halim. Depa merayau berdua cari laluan utk balik Mekkah.. Akhirnya sesat ke kedai gunting terus gondolkan kepala SR15 seorang. (lepas ni bagi ada rambut sket.. botak terus kurang hensem..) Foto ni dalam jam 10.30mlm. Lepas ni kami berempat suami isteri pakat nak balik Mekkah. So tido dalam 2-3 jam. Kita jumpa semula jam 2 am nanti. (syarat bermalam di Mina mesti separuh malam.... jadi biar melepasinya baru kita jumpa semula)




No comments:

Post a Comment