Friday, February 14, 2014

Tiba masanya ke Arafah

A189
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Al-Baqarah 2:189)

8 Zulhijjah 1434H = 13 Oktober 2013

Masing2 berdebar2 hari ni. Pagi dah packing barang utk dibawa ke Arafah dan Mina. Malam semalam diberi taklimat tentang barang2 perlu dibawa dan keadaan di sana. Hanya dibenarkan satu beg tarik beroda dan satu beg galas.


KT50 aku bertolak lepas zohor. Tapi sebelum tu dekat  dalam bilik berdebar2. Pakat pasang niat nak mengerjakan haji kecuali utk haji Ifrad. Berulang2 niat takut salah tak pasal2 tak dapat pekerjaan haji. Barang2 jgn cerita la.. Tiga empat kali belek takut ada tertinggal. Perjalanan dari Hotel ke Arafah dalam 30 min saja. Alhamdulillah.. bas kami lancar... tiba pada masanya.

Semasa dihotel kita telah diberitahu no khemah/lot kita. Sampai saja cari tempat kita dan letak barang2. Lepas tu boleh la nak berzikir ka, berdoa ka solat ka. Sementara tunggu masing2 settle, aku ambil peluang tolong makcik2 yg tak jumpa khemah/lot mereka. Sebab banyak dan ramai org.. tolong2 lah warga emas ni... tolong angkat beg depa ke khemah.

 

Beginilah rupa khemahnya... Beginilah keadaannya di Arafah. Subhanallah.. memang panas tapi panas kering tidak melekit. Air tandas setiap masa panas...bukan suam. Panas tapi tak la sampai tahap didih. Toilet memang terhad. Pandai2lah cari masa. Berhati2 juga di toilet sebab ada ruang terbuka yg boleh dilihat oleh orang lain. Ia dilindungi oleh zink sebagai dinding.

Nampak tak alas tikar hijau tu? Setiap jemaah akan dapat tikar ni beserta sehelai sejadah masa nak bertolak dari Malaysia. Jadi.. jgn risau. Tak perlu susah2 bawa.

NASIHAT AKU: Utk wanita yg uzur, masa yg sesuai ke tandas ialah sewaktu jemaah solat. Solat dilakukan berjemaah dari khemah masing2. Masa ni memang tak ramai orang. Jangan ingat jam 1-3 pg tak ramai. Sebab dok ingat camtu maka ramai pi masa ni. Berbarisssssss. Kalau tak tahan utk membuang, minta laluan. Insyaallah akan diberi kemudahan utk masuk dulu. Nature's call tak dapat nak elak. Kang terbarai kat jalan. Dalam jam 10am juga aku rasa tak ramai orang. Cubalah


Pekerja2 rencam di sini kebanyakannya berkulit hitam. Punca rezeki mereka. Tapi kita jgn la pula suka2 hati buang sampah. Bertimbang rasa la. Depa yg edar makan, yg buang sampah, yg kutip sampah2 berterabur. Kalau sudi, hulurkan seriyal dua utk mereka setiap seorang. Pasti ada ganjaranya pahala, Insyaallah.

PESANAN AKU: Makanan dan air tak perlu bawa dari hotel. Memberatkan usungan saja. Di sini setiap jemaah akan diberi sebungkus plastik berisi biskut2, maggi dan tupperware utk masak maggi, air kotak. Kat sini juga nanti time makan air kotak, buah dan air mineral banyak (sampai ada yg ambil wuduk dgn air mineral!- ustaz pesan jgn dibuat). Lebih dari cukup utk bekal 2H1M di Arafah.


Langit Arafah ketika menjelang Magrib. Perasan tak pokok2 yg ada lam gambag2 ni? Tu pokok mambu... yg org buat mandi utk demam campak tu.. cuma di sini daunya kecik sikit. Di Arafah, Insyaallah doa kita akan makbul. Banyak2lah berdoa dan berzikir. Setiap masa. Setiap ketika.


No comments:

Post a Comment