Thursday, February 20, 2014

Arafah- berwuquf

A003
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:3)


9 Zulhijjah 1434H = 14 Oktober 2013

(Birthday Angah hari ni) Aku sambut dengan berwuquf. Waktu wuquf masuk bila azan zohor bergema jam 12.03 waktu tempatan. Dan hari ini kutbah wuquf maktab91 kami disampaikan oleh Datuk Seri Jamil Khir, disiarkan langsung dari Arafah ke TV Al-Hijrah. Boleh baca di sini. Masa wuquf ini memang terasa syahdu semacam ja. Masing2 dgn hal masing2. Solat, zikir, berdoa berdoa dan terus berdoa. Allahuakbar!


Kedudukan khemah2 utk maktab kami.. tak salah aku yg ada benda biru tu pintu masuk utama dan khemah aku nun dihujung berwarna koko. Putih itu tandas. Tembok (pagar dawai biasa saja in realiti) memisahkan dengan maktab lain.



Benda apa pulak ni tiba2 ada kat wuquf ni? Ini untuk sangkut apa2 yg perlu.. di dalam khemah atau di tandas. Kalau ada, bawalah satu dua. Ini pun kami sebilik K.Milah yg bagi. Kebetulan dia bawa benda ni.  Alhamdulillah. Jimat ruang beg. nak sangkut tudung ka telekung ka dalam khemah senang ada benda ni.


 Waktu tengahari dan malam makanan akan diedarkan mengikut khemah. Tolong2 lah bantu petugas2 dan sahabat2 TH (mereka ni dipilih oleh TH) utk edarkan makanan. Kalau tengok dlm khemah nun dihujung2 dan belakang nunnnn, makcik2 dan tok2 semua tak larat bergerak. Tolong ringankan tulang utk hantar makanan, air mineral, buah dan air kotak kat depa. 


NASIHAT AKU: Satu perkara lagi, jika ada doa2 khusus utk kita panjatkan pada Allah, tulislah karangan doa sebelum datang. Utk anak sulung 1 muka, no 2 satu muka, mak ayah 1 muka dan seterusnya. baca berulang2. Memang ada doa2 di Arafah di dlm buku panduan, tapi apa salahnya kita buat karangan sikit. Ini tanah penuh barakah.. salah satu tempat dan masa mustajab utk berdoa.



Selepas magrib, masing2 siap berkemas utk bertolak ke Muzdalifah. Tunaikan solat jamak secara tamam yakni penuh 4 rakaat bagi isyak. Begitu juga disinagnya utk zohor dan asar. Bukannya qasar kerana jaraknya tidak sampai 2 marhalah. Baca di sini. Ini masing2 tengah tunggu bas tiba. Naik bas ikut nombor kita datang ke Arafah sehinggalah balik dari Mina nombornya tetap yg sama. Alhamdulillah.. selesai satu bab haji.. kita nak Mabit di Muzdalifah pula. Macamana yg dikatakan mabit sekejap tu. Aku pun nak tahu juga. Tunggu bas sampai dulu ya...

No comments:

Post a Comment