Thursday, February 27, 2014

Mina -2

A025
Mereka itulah orang-orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haraam (Makkah Al-Mukarramah) serta (menyebabkan) binatang-binatang korban (yang kamu bawa): tertahan dari sampai ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang tidak sengaja terhadap beberapa orang yang beriman, lelaki dan perempuan, yang ada di antara orang-orang kafir itu, pada hal kamu tidak mengetahui mereka beriman, yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan dan dukacita disebabkan pembunuhan mereka, - (tentulah diizinkan kamu menyerang kaum musyrik yang mengancam kamu itu). (Tetapi tidak diizinkan) kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya. Kalaulah mereka (penduduk Makkah - yang beriman dan yang musyrik) itu berpisahan (di antara satu puak dengan yang lain), tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dari mereka dengan seksa (di dunia) yang tidak terperi sakitnya. (Al-Fat-h 48:25)

Masih 11 Zulhijjah 1434H. Aku bukan dalam ihram lagi. Jadi terasa bebas sedikit nak memotong kuku ka.. nak tarik rambut ka.. kalau tak semua kena kontrol.. dikhuatiri perlu membayar dam atas perbuatan kita.


Ini laluan terowong Muassem. Arah pi balik ada walkaltor ni. Jadi boleh la rehatkan kaki sesekali bila penat berjalan. Tapi.. perhatikan di jalanan.. sampah sarap masyaallah... Semoga tidak ada jemaah kita yg tumpang sekaki membuang sampah di sini.


Cerita tentang sampah kat sini memang tak selesai. Sepanjang jalan pi balik dah jadi macam tempat pembuangan sampah. Kalau diangkut mahunya berlori2 sehari. Baru utk tingkat 3.. nun tingkat 1,2 4 macamana? Serupa jugak... Laluan pulang juga dipenuhi dgn hamba2 Allah yg meminta sedakah dgn menggendong anak2 kecil. Ada yg ditidorkan dalam kotak beralaskan kain saja. Ada yg dibiar bermain2 di sekitar dgn tiada alas kaki... Jika ada SR di poket boleh hulur2kan sedikit. Tapi wajah2 mereka ini serupa sahaja.. aku agak dari kawasan/negara Chad/nigeria/sudan dan sewaktu dgnnya - black women with children. Lelaki? amat amat sedikit.


Ini khemah kami. Ada maklong antara K.Milah n K.Has. Suaminya, kami  panggil pakcik ifrad (sebab depa berdua mai buat haji Ifrad)  sebilik dgn suami aku . Lorong2 utk laluan jemaah di maktab kami menggunakan nama alatan sukan.. misalnya lorong bolesepak, lorong bulutangkis dan lain2. Gambar2 alatan2 ni digantung pada lorong2 bertujuan utk memudahkan jemaah tahu mencari khemah (yg sesat tetap ada). Ada maktab guna gambar perabot, binatang dan lain2 lagi lah. Gambar tak ada.. maaf... Di Mina (Muzdalifah dan Arafah juga) aku kurang ambil gambar. Lebih kepada menikmati setiap saat berada di sana seba peluang kali kedua mugkin tiada.


Ini K.Has. Dok kira batu utk melontar nanti. Dok pastikan ia betul2 batu bukan simen atau kerikil2 pasir yg bersatu seperti batu. Setiap hari di sini pasti mengira batu agenda utama. Boleh terer ilmu hisab lepas ni K.Has. Kalau tak cukup juga, selak bawah carpet tu.. boleh jumpa batu2 yang kita mahu. Masyaallah, amat mudah sekali. Maka, apa lagi yg perlu dirisaukan?

No comments:

Post a Comment