Monday, February 3, 2014

Miqat-Hudaibiah

A001
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki. (Al-Maaidah 5:1)

Perjalanan hari ni keluar agak jauh dari kota Makkah. Kami menuju ke Hudaibiah.. kira2 24km dari Makkah. Sepanjang perjalanan di kiri kanan dah tentu gurun padang pasir yg panas dan kering. Kata suami..."Macam kat Arizona ja." Betul betul betul. Memang macam kat Arizona. Tanah kering tandus panas gurun (di beberapa bahagian) yg menjadi saksi pertemuan aku dan suami hingga sekarang... kenangan lama mengusik jiwa...


Di sini merupakan salah satu dari tiga Miqat utk niat haji dan umrah yg hampir dgn Makkah selain Tana'im dan Jaranah. Jadi memang ada jemaah yg dah siap bawa kain utk berihram di sini. Aku..? Pompuan tak dak masalah.. berihram dgn pakaian yg tersarung di badan pada ketika itu asalkan menutup aurat sepenuhnya.


Untuk cerita banyak sila ke laman ini. http://jemputan-umrah.blogspot.com/2013/05/masjid-hudaibiah.html dan laman web ini  juga banyak ilmu, tips, doa2 dan macam2 lagi yg disediakan oleh tuan punya blog. Silalah ke sana jika ada kelapangan. Aku pun baru jumpa blog ni masa dok cari2.

A002
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maaidah 5:2)


Ini merupakan tinggalan masjid Hudaibiah yang asal. Kat batu2 ni kalau dibelek2 macam2 la tulisan tangan2 yg nakal ada di sini. Tinggalan ini betul2 di belakang masjid. Kalau dari jalan memang tak nampak sebab terlindung.  Hudaibiah ini banyak sejarahnya seperti Perjanjian Hudaibiah dan ketika mana Rasulullah dan pengikutnya disekat daripada memasuki kota Makkah. Sejarahnya sila ke link web tadi.

Akhirnya.. di Hudaibiyah ini aku jumpa barang yg dicari.. yahooo.. magnet Makkah. Hehehe. Sr20 utk 5 biji. Alhamdulillah. Punya susah nak jumpa.. (boleh dapat di Mina juga.. masa ni banyakkkkk). Magnet yg sama di Madinah dijual SR20 satu! Mak ai..mahai ya amat. Bila dah namanya negara padang pasir.. dah tentu yg femesnya cik jamal..aka unta. Maka magnetnya pun banyak unta... suka kalu sila beli. Aku beli yg tiada unta punya. Rasa macam tak cukup beli 5.. duit bawa sikit je... Tak pa la.. ada kat mana2 nanti beli lain...

No comments:

Post a Comment