Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (A-li'Imraan 3:121)
Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri). (A-li'Imraan 3:143)
Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (A-li'Imraan 3:155)
1 Muharram 1435H = 5 November 2013
Hari ni kita jalan2 sekitar Madinah. sebelum tu nak story sket... 1 Muharram kan? Kat Malaysia tau.. aku perasan kat TV di hotel hari ni dah 2 Muharram. 1 Muharram ialah semalam (4 Nov). Maka.. yg nak puasa awal Muharram pun pening.. aku kata semalam roomate kata hari ni... ikutlah.. Kalau hari ni kalendar Malaysia la tu. Allah maha Mengetahui.. setiap yg baik ada manfaatnya...
Pagi2 dah berkumpul depan hotel.. naik la bas yg disediakan..kami dpt yg double decker. Pemandu pelancong yg bawa anak jati Kedah yg belajar di Madinah.. berkahwin dgn org N9.
Destinasi pertama.. jabal Uhud, di mana Peperangan Uhud berlaku. (di kawasan ini juga letaknya RKDJU-Prof Kamil dan Roza).
Ramai benar nak berfoto di sini.. tunggu giliran. Itu yg ada sorang lagi ahli kat ujung tu..
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun
didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu
berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang
berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada
Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala
kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada
bandingannya itu). (A-li'Imraan 3:144)
Di belakang nu.. yg ada papan tanda biru tu adalah kawasan berpagar di mana para shuhada Uhud disemadikan. Nak tengok? jenguk2lah lubang2 kecil yg ada di dinding tembok.. Si baju hijau pucuk pisang tu la anak Kedah yg banyak bercerita pada kami.
(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:153)
Gambar K.Leha.. yg bawah tu kawasan perkuburan.. dari celah lubang mana dia ambil foto ni ya? Memang tiada batu tanda.. hanya dapat dilihat tanah lapang dan sedikit batu2..
Bahawasanya orang-orang yang telah berpaling (melarikan diri) di antara kamu pada hari bertemu dua angkatan tentera (Islam dan kafir dalam perang Uhud) itu, sesungguhnya mereka telah digelincirkan oleh Syaitan dengan sebab sebahagian dari perbuatan-perbuatan (yang salah) yang mereka telah lakukan (pada masa yang lalu); dan demi sesungguhnya Allah telah memaafkan mereka, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (A-li'Imraan 3:155)
Bertentangan dengan perkuburan ini terletaknya Bukit Pemanah.. bukit di mana pemanah2 tentera Muslimin diletakkan ketika menentang pihak musuh.
Di situ juga letaknya Masjid Saidina Hamzah. Masjid telah diruntuhkan dan dalam proses pembinaan yg baru. kelihatan hanya tiang2 dan lantai yg dibina. Dalam sejam di sini... kami bergerak ke destinasi seterusnya..
Ladang kurma yg hanya 5 minit dari Jabal Uhud. Memang ramai sebab semua tertumpu ke sini. harga kurma depa kata mahal di sini.. aku pun tak beli la... tunggu hujung2 nanti beli di Pasar Kurma Madinah.
Ini mesti bas yg awal ni...K.has kan? Masa kami sampai penuh ni.. keluar pintu belakang terus ke ladang dia. Sekarang bukan musim jadi pokok tak berbuah. Buah yg ada datang dari tempat lain.
Tak lama di situ sebab buah pun tak ada nak petik.. kami terus ke destinasi akhir.. Sepanjang jalan banyak masjid2 bersejarah yg ada.. salah satunya Masjid Bilal bin Rabah ni. Masjid lain tak sempat nak ambik foto sebab kusyuk mendengar penerangan mutawif kami.
Terakhir..masjid yg terkenal dalam sejarah perjalanan Rasulullah.. masjid yg mula2 Baginda dirikan.
Masjid Quba.. tapi of course la ni bukan binaan asal.. baca sejarahnya.. yg asal berlantaikan tanah.
Sekali lagi.. aku jadi penunggu di luar.. Tapi bagus juga.. tolong pakcik tu jaga wheelchair isteri dia sebab depa dua2 nak masuk tandas. Ini bhg hadapan... di gerbang hitam kiri bawah kat gambar ni ada kedai runcit plus makanan. aku cukup suka sandwich telur (SR2) dan sandwich daging (SR4). Terbaikkkkk. Nanti nak mai lagi.
Jemaah haji yg hendak ke sini lagi lepas ni boleh saja naik kereta/van sewa yg banyak depan hotel. SR5 sorang.. sekali bersolat sunat di sini ganjarannya bersamaan sekali buat umrah. Maka ramailah merebut peluang ke sini setiap pagi. Ni baru sekali.. tak dapat masuk dalam.. nanti kena mai lagi... Ya Allah. berilah aku peluang utk memasuki dan bersolat di sini.. Amin.
No comments:
Post a Comment