Tuesday, April 8, 2014

Nabawi

A058
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Al-Baqarah 2:58)

3 Muharram 1435H = 7 November 2013



Waktu solat yang telah disediakan oleh pihak TH sepanjang tempoh jemaah hujung2 berada di Madinah.


Kubah hijau yang menggamit jemaah setiap kali ke sini... Rasa yg tak dapat digambarkan bila tengok kubah hijau ni.



Jemaah wanita yg menunggu giliran utk ke Raudah. Waktu ke Raudah adalah terhad buat wanita. Selepas subuh, zohor dan Isyak. begini keadaannya setiap kali aku ke sana.  Asal sampai depan pintu Raudah wuduk batal..huhuhu. Sekali je dapat solat tapi mak ai.. susah betul nak rukuk dan sujud. masuk dan berdoa saja yg aku mampu.. sepanjang temph di sana 3 kali aku dapat masuk.. Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat juga solat di Nabawi sebelum pulang ke Malaysia.

Keadaan di situ terlalu padat dgn jemaah yg sesetengahnya begitu taksub dgn Raudah. Bertolak tolakan. Malah ada kejadian meninggal dunia akibat sesak nafas di sini. Subahanallah.. pahala yg dicari lain yg jadi bila masing2 mementingkan diri sendiri. AKu tak berlama2 di Raudah.. sesak nafas sebab asyik ditolak2...


Selaian raudah berkarpet hijau.. dapat jumpa Raudah Roslan (Roza) beberapa kali di sini bersama Sofea. Bolehlah bertazkirah kejap.


Suaminya pula (MKI) setiap malam selepas Isyak atau selepas subuh ada ceramah di hotel2 kediaman jemaah Malaysia. Ini masa di hotel kami. Full house.


Bahagian dalam Nabawi.. jgn sampai penjaga2 berpurdah namapk kamera.. karang diambilnya.  Ini bahagian yg bumbungnya terbuka bila tiba waktu. tak sempat aku nak perhati.


Siling dan tiang2 Nabawi.. bila dapat masuk aku perhati satu2... ya la.. Kat Malaysia mana ada masjid macam ni.. kan..kan..kan


Yang paling aku suka tengok perspektif ini...cantik..aku tak ambil banyak foto. cukup merakamnya di dalam minda kerana ia lebih bermakna...

No comments:

Post a Comment