Friday, April 11, 2014

Selepas bertahun-tahun

A061
Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu (termasuk orang-orang yang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan, atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asing. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya. (An-Nuur 24:61)
  
4 Muharram 1435H = 8 November 2013

Pertemuan yang yang dirancang beberapa bulan sebelum kami menunaikan haji. Alhamdulillah, facebook dapat menghubungkan aku dengan Taib Iskandar.. rakan kenalan aku sejak di PPP Shah Alam hingga ke Tucson, Arizona. Juga menjadi shabat suami ketika di Tucson. Tambah2 pula suami dan Taib satu negeri berlainan daerah saja...

Taib telah bermukim di Yanbu sejak 2-3 tahun lepas. Sementelah kami di sini, apa salahnya mengambil peluang utk berjumpa teman lama. Cerita2 semasa dah tentu.. Tapi yg pasti cerita2 lama tetap muncul semula... maklumlah.. kenangan mengusik jiwa, mana mungkin dilupa.

Terima kasih banyak2 sudi bawa kami ke Masjid Quba. Ini first time aku nak masuk dan solat di situ. Masa ziarah hari tu aku off line.. duduk2 tengok perhati kat luar saja. Alhamdulillah... dapat juga merasa nikmat bersolat di sini. (Kali ke3 kami dating sendiri sewa van ramai2).

Terima kasih juga bawa kami ke ke masjid Qiblatain. Dapat solat sunat di sini tapi sayang.. ada jemaah wanita (dari negara #### pakai selipar hingga dalam masjid. Allahuakbar.. Penjaga di situ pun aku tengok buat donno ja. Seingat aku la.. yg masih waras ni.. aku snap satu gambar masjid ni dari depan. Alih2 bila aku semak balik galeri handphone aku tak lekat pun gambagnya. huhuuhu

Dibawanya kami ronda2 di Madinah.. kawasan yg confirm masa ziarah tak pi punya... kawasan shopping orang2 elit yg bawa lambogini maseriti bla..bla.. err... aku rasa la. Dan juga agak luar sikit di mana kawasan pembinaan keretapi utk Madinah Makkah sedang giat dijalankan. Gambar? Aiya... apsal aku tak amik gambar kat sini?


Malamnya.. Taib jemput kami makan di penginapan dia... hotel yg hanya 100meter dari penginapan kami. Kenapa tak pi rumah? Bukan di rumah dia sebab Yanbu dgn Madinah lebih kurang 2 jam perjalanan. Okey apa... Yang penting dapat jumpa. Alhamdulillah.. dapat makan macam2... Nasi kambing, ayam.. dan nasi unta. Daging unta tu aku jamah secubit saja. memang lembut daging tu... tapi aku tak leh pi la.. aku bau unta di situ...huhuhu. Macam daging kambing juga.. aku kurang minat (boleh makan) sebab ada aura kambing di situ...hahaha


Berselerak? Sabar je la.. nak makan kan? Tu yg di kiri macam ketul daging tu daging unta la.. Kenyang ngan nasi je la aku... berlaukan ayam sikit.. Sayur aku tak sentuh pun. Nampak plain, stail Arab memang gitu. Jadilah. Alhamdulillah.. aku segan sebenarnya... hehehe..

 

Lagipun bukan kami saja tetamu Taib dan Ira. Nampak tu? Itu makcik Ira bersama suaminya. Kami pun ikut panggil uncle.. Lepas makan sembang2.. posing2...


Tapi yg paling buat aku tak lena tidur lepas tu.. ini ha.. Kunafa. Sedapppp.. sampai la ni dok terasa kesedapannya lagi.. Of course la Arab dish... ia dilapisi dgn cream cheese (tu yg sedap tuu). Ira kata kalau nak sedap lagi tabur la pistachio tumbuk in between layer.. fuh.. terbayang2 ni.. meleleh.. Dalam buku 'Aroma Antara Benua-Roza Roslan" ada tapi mana mau cari itu bahan kunafa yg nampak ala2 bihun tu? Kat kedai Arab mana aku leh cari di sini... kat KL mugkin banyak.. Penang? huh.. kena carik jugak sampai dapat.

Yang best bab kunafa ni.. K.Aziah siap beli 2 biji hari sebelum balik.. Nak bawa balik Malaysia. Alih2 di airport Madinah.. sebab lapar punya pasal, sebijik jadi jamuan sapa2 yg ada dekat2 dia.. termasuk aku... lalalala mana boleh lepaskan peluang makan ini food.. banyak sedap ooo.. tak pa tak pa. Cerita pun tak guna.. nanti aku nak cari bahan2 dia juga.. err.. boleh ke pos dari Madinah Taib?

No comments:

Post a Comment