Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka
sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika
kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah
Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk
bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di
tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang
menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia
membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam.
Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa
yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus
menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,
(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang
mudah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi
apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh
(hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal
menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu
bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat
balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya). (Al-Baqarah 2:196)
(Pesanan aku: Ayat2 yg ada dalam entri aku memang tiada kena mengena dgn entri semasa. Kalau perasan, ayat2 ini berturutan dari setiap entri bermula dari ayat 1 AlBaqarah. Sekarang dah ayat 196. Semoga ada yg bermanfaat di sini. )
Ini dia.... Hari besday aku. Dapat kek secret resepi lagi... apa napa ntah kek ni... cheese ???? tak reti aku. Hari ni juga dapat hadiah GST dari PM.. hahahaha... bukan aku sorg dapat. Satu Malaysia dapat hadiah GST. Tahniah!
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan
yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya
(dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri
isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar,
dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu
kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal
dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah
memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu
wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al-Baqarah 2:197)
Budak2 ni la yang bagi kek ni kat aku. Aku ajak depa makan cendol ja kat belakang kampus. Aleh2 ada surprise kek lagi.. saya suka.. saya suka....
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan
kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian
apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah)
maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat
Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan
menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;
dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang
salah jalan ibadatnya. (Al-Baqarah 2:198)
Aku ajar kelas ni semester lepas. Ingatkan semester ni dapat ajag lagi. tapi tak ada rezeki. So.. saja2 la ajak depa. Kelas ni ada 6 saja budak lelaki. lagi 20 perempuan. Memang terkejut dapat kek tu. malu pun ada aih... hehehe. Sebab riuh kat meja tu nyanyi lagu besday...malu I...
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah)
tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah
(dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (Al-Baqarah 2:199)
Elok habis ja mencendol... hujan turun agak lebat. dok kat bustop ni pun muat.. masih ada yg basah. Duduklah korang ya.. saya kena balik dulu..nak ambil anak pula. Babaiii.
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat
Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah
(dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut
(memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi.
Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata:
"Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini
diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan
di akhirat. Al-Baqarah 2:200)
Akhir sekali.. dapat yg ini. Wow... awsome. Thankyou you all... terharunya saya. This is my second time dapat kad besar camni.. dari students juga. Dulu kelas diploma farmasi tahun 2006 kut (or less). Masa tu pun surprise gak.. kat hotel UiTM, kebetulan aku pi makan di situ ngan family.
Apa2 pun.. terima kasih kelas EH... Degree Chemical engineering..Tak semua kelas saya habag tau pasai tarikh ni... hanya yg terpilih saja... hahaha
No comments:
Post a Comment