Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:226)
Dalam perjalanan pulang menghantar kakak dan angah pada suatu hari, aku singgah solat di masjid ni. Signboard tak ada.. pagag tak ada.
Berdasarkan notis ni, aku anggap masjid ni bernama Masjid Batu 9, Kota Sarang Semut. Masa aku tanya sorang budak kat sini pun katanya tempat ni nama Batu 9.
Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Baqarah 2:227)
Betul2 terletak di tepi jalan utama Alor Setar - Sungai Petani. Ada perkuburan di belakangnya.
Di bahagian tepi masjid. Ada 4-5 buah rumah di kawasan tapak masjid ni.
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:228)
Sebuah rumah kayu-batu di hadapan masjid. Bersih dan kemas di persekitaran. Pasti mereka ini yg menjaga masjid. Insyaallah.
Tandas. Alhamdulillah. Bersih. Tidak berbau.
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah 2:229)
Ruang dalam masjid. Selesa.
Bahagian ruang solat wanita.
Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Al-Baqarah 2:230)
Ruang legar/lobi.
Masjid ini memang bersih. Terjaga. Seperti kebanyakkan masjid di Malaysia, sunyi. Hanya waktu solat yang ada beberapa jemaah. Itu pun boleh dikira dengan jari. Namun, alhamdulillah masjid ini memberi peluang pada aku utk bersolat di dalamnya.
Assalamualaikum.. Terima kasih atas entri saudara saudari...
ReplyDeleteAlhamdulillah masjid ni dijaga dengan baik,rumah2 dibelakang masjid ITU adalah Rumah Tok sedara Saya, Rumah kayu bata yg saudara snap gambar, Tuan Rumah ITU merupakan tok sdara Saya,beliau yang menjaga serta membersihkan kubur2 yang Ada disitu...
Biasanya masjid INI, didatangi jemaah tabligh... Alhamdulillah ayah Saya salah seorangnya...
Cumanya,ayah Saya sudah dijemput Ilahi pada 3/1/2015 dikebumi disitu juga...
Al ftihah Buat ayahku ðŸ˜
Assalamualaikum.. Terima kasih atas entri saudara saudari...
ReplyDeleteAlhamdulillah masjid ni dijaga dengan baik,rumah2 dibelakang masjid ITU adalah Rumah Tok sedara Saya, Rumah kayu bata yg saudara snap gambar, Tuan Rumah ITU merupakan tok sdara Saya,beliau yang menjaga serta membersihkan kubur2 yang Ada disitu...
Biasanya masjid INI, didatangi jemaah tabligh... Alhamdulillah ayah Saya salah seorangnya...
Cumanya,ayah Saya sudah dijemput Ilahi pada 3/1/2015 dikebumi disitu juga...
Al ftihah Buat ayahku ðŸ˜
Masjid ini tidak jauh dari tempat asal ibu saya iaitu Batu 8. Pernah singgah solat di sini pada waktu maghrib
ReplyDeleteMemudahkan mereka yang lalu lalang di Jalan Alor Setar-Sungai Petani untuk solat