Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)? dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya. (Al-Baqarah 2:211)
Masa balik dari FD, dah nak masuk waktu zohor. Nampak le papan tanda masjid 500m di depan. Aik.. rasanya dah lebih 500m, mana masjidnya? Azan dengar tapi masjid tak jumpa.
Patah balik. Pelan2.. slow.. tengok kiri tengok kanan. Hah.. dah jumpa. Betul2 tepi jalan. Ini masjidnya. Patut tak perasan. Bangunan seperti sekolah. Bersebelahan sekolah.
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:212)
Di hadapan masjid ada Misai Corner. Gerai jual makanan. Aku tak singgah pun. Masalahnya papan tanda masjid ni dah tak nampak. Apa nama masjid ni pun tak tahu.
Aku tanyakan pada penjual ikan di sini, katanya dia pun tak tahu. Tapi tempat ni nama Sungai Batu. Maka Masjid Sungai Batu la aku namakan.
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:213)
Ini kawasan belakang masjid. Pemisah dengan kawasan kampung di belakang sana. Nampak macam best ja kampung tu. Tenang nyaman.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Tandas di belakang masjid. Boleh dikatakan bersih dan selesa untuk berhajat dan juga ruang berwuduk juga di sini.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). (Al-Baqarah 2:215)
Ini ruang dalam masjid. Kat tengah tu ada besi pemisah antara lelaki dan wanita. Masjid ni memang masjid lama sebab bangunannya masih kekal seperti sekolah yang disebelahnya. Jika ada sesiapa lalu di sini, singgah2lah. Cuma kena perhatikan betul2 supaya tidak terlajak jalan.
No comments:
Post a Comment