Tuesday, May 19, 2015

JJMK Yan Mei 15 - mencuri sedikit masa yang ada untuk mereka

A216 
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)


JJMK aku kali ni menyantuni 40 keluarga di daerah Merbok dan Yan. tapak berkumpul telah ditetapkan di jeti Sg. Merbok. Masa aku sampai di tapak berhimpun Sg.Merbuk ni, masih tak ramai yang sampai. Masih awal kut? Tapi dah pukul 8 lebih dah ni.


40 keluarga untuk disantuni. Bermakna 40 kereta untuk diisi barang2 sumbangan. Itu yang isi. Yang tak isi ada dekat 30 kereta lagi. Memang banyak. Masing2 mahu sedikit sebanyak mencurah keringat buat yang tidak berkemampuan.


Salah dua orang marshal hari ini. Memberi pos istimewa mereka. Rasanya yang berdua ni muda lagi ni. Marshal.. marshal. Terima kasih banyak2 atas khidmat anda.


Ini jurugambar pro ni. Siap ada production house katanya. Amar Arafat, anak Dr.Suraya yang turut serta dari KL. Mereka di sini sejak hari Jumaat lagi. Menyusun program setakat yang mampu. Terima kasih Dr.Aya.

A217 
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).


Hentian pertama berdekatan Kg.Bujang, Merbok. Masa tiba di sini, ramai betul anak2 menggalas beg. Sepertinya baru pulang dari mengaji. Rupa-rupanya baru balik tusyen. Bertudung hitam itulah Dr.Aya dan suaminya berbaju oren.
 

Dua orang lagi anak Dr.Aya. Haadi dan abangnya. Kalau perasan.. ya.. si Hadi inilah pelakon kanak2 dalam Elly dan Epit, memegang watak hujan. Dah bukan kanak2 lagi.


Beramai2 mendengar amanat dan pesanan dari Paksu yang telah hampir 20 tahun mengabadikan diri utk anak2 kampung ini.  Bekas pendaftar USM ini memberi tusyen percuma kepada mereka! 20 tahun...seusia tempoh kerja aku tahun depan.. cukup 20 tahun.

A218 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:218)


Masih di sekitar Merbok utk destinasi kedua. Rumahnya cuma di tepi jalan. Sempat lagi Monier ni tolong promosi belacan dengan asam makcik ni. Rezeki mereka hari ni.


Seterusnya kami ke Pantai Murni, Yan. Sudah lama aku tidak sampai ke sini. Banyak yang telah berubah.


Ada lima keluarga di sini. Kerjasama dan saling tahu tugas masing2 menjadikan kerja pengagihan cepat dan cekap. Bagi yang baru mula belajar, Insyaaallah, lama2 akan biasa.
 
A219 
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir: (Al-Baqarah 2:219)


Dari Pantai Murni, kami menuju ke sebuah tempat yang aku pun tak tahu kewujudannya. yang aku heran tu.. keluag dari point ke3 tadi.. kereta2 yang di depan hilang dari pandangan. Sudah! Aku nak hala ke mana ni? Redah ikut marshal ja la. Aku pulak jadinya berada di depan. Ikut ja la.


Rupa2nya kita ke sini. Pusat tahfiz Kg. Penaruk. Aku pun tak tahu ada pusat tahfiz di kawasan ni. Nak mai sendiri.. errr.. boleh la agak2 jalannya. Pusat ni hanya utk lelaki sahaja.


Dijamu makan tengahari di sini. Alhamdulillah. Ada yg bermurah membuat kenduri menjamu kami. Ulam2 sambal belacan, gulai itik, ikan kering, ikan rebus. Gulai itik... kali pertama aku makan. nampak isinya macam daging. Rasanya bolehlah tekak aku terima.


Masuk waktu solat zohor. Sila ke surau berdekatan di atas bukit sana. Bagi keluag peluh sikit. Tak jauh mana pun.


Mohon pinjam gambar ya Tg.Ismail. Makcik penerima ni tak dapat tahan sebak menerima sumbangan yg begitu banyak. Dalam tangisnya terus dia peluk aku. Sambil berbisik.. "Terima kasih banyak". Aku...errr.. terkejut sekejap terus bisik "jangan nangis makcik. Nanti ramai lagi yang nangis". Aci ka tak aci kata camtu?

A220 
Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama); dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Ia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:220


Menuju destinasi ke-4. Nun di kawasan bendang. Rasa tenteram bila menyusuri jalan sawah ni. Teringat masa kecik2 dulu.


Siap dijemput naik atas rumah lagi untuk berucap. Macam kempen mengundi la pulak.Hebat Monier.


Bila tengok budak2 ni mandi, rasanya ada peserta JJMK yg rasa nak terjun sekali. Mana nak jumpa suasana camni la ni. Dah bertahun ni baru aku nampak lagi.


Akhir sekali.. jalan ke rumah tok ni mencabar betul. Jalan di tengah2 sawah yang muat2 tayar kereta saja. Seram jugak, takut keta senget ke dalam sawah. Kecut perut aku.


Buah keriang... jenis kecik. Last aku tengok buah ni masa di kampung dulu.. aku sekolah rendah. Dah 30 tahun lebih, baru jumpa semula. Satu lagi yang besar sikit.. keriang dot, pun susah nak jumpa la ni. yang bawah tu minyak yg dibuat sendiri oleh tok kat bawah ni. Kuat lagi kederat tok ni.


Betul2 depan rumah tok ni tali air tu. Aku geram betoi. Rasa nak amik jala tauk dalam tu kut2 dapat ikan.Ish..ish...sepanjang jalan ni asyik nakpak port nak pancing ja. Geram tersangat geram.

JJMK kali ni diakhiri dengan sesi bergambar beramai2 dekat rumah tok. Terima kasih semua.Semoga ketemu lagi di JJMK akan datang. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment