Friday, May 8, 2015

Khidmat masyarakat PEWANI pulak


A201 
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah 2:201)

 

Selain jabatan aku, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) juga mengadakan khidmat masyarakat sebagai salah satu aktiviti tahunan. Untuk tahun ini.. I'm the boss.. hahaha

KM kali ni bertempat di Maahad Tahfiz Baitul Quran Kg. Selamat, pada awal bulan April. Dekat ja dengan rumah aku. Dalam 10 minit memandu.
 
A202 
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya. (Al-Baqarah 2:202


Nama pun PEWANI, dah tentu peserta2nya perempuan semua kan? Yang berkopiah tu? Itu suami Ustazah Lina, guru tahfiz di sini. Mereka suami isteri yang mengusahakan tahfiz ni. Anak murid sekarang 35 orang semuanya perempuan.

A203 
Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya. (Al-Baqarah 2:203)

 
  
(Kredit gambar ni kepada tuan punya yang aku ambil dr fb PEWANI UiTM PP). Aktiviti wajib. Gotong-royong memasak. Menu biasa2 saja tapi rasanya pasti luar biasa. Selain memasak, ada juga gotong-royong membersihkan asrama penginapan budak2 tahfiz ni. Tapi gambarnya tidak ada la pulak.. hehehe. Ke... aku yg malas mengambil gambar hari tu?
 
A204 
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). (Al-Baqarah 2:204)


 K.Pah baju merah ni tekong ayam masak berempah. Muka pun naik merah sama dengan ayam goreng dalam kuali tu hah. Yang baju hitam tu pulak K.Sha, tekong masak gulai ikan. Meletop gulai ikan dia habag youuu... 

Yang nampak kepala tu pulak, Sopiah bertugas memasak sayur campur. Ulam2 dan sambal belacan dah siap dibuat di rumah. Depa bawak mai saja. Ust. Lina pula sediakan laksa. Fulamak... memang rezeki la hari ni.   

A205 
 Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (Al-Baqarah 2:205)



Akhir sekali, penyampaian cenderahati. Ini Pn.Zawiyah (betul ke nama dia?), tuan tanah yang mewakafkan utk tahfiz ni. Moga Allah mecurahkan rezeki dan pahala berganda buat keluarga beliau. Anak2 tahfiz ni juga dapat hadiah ni. Cuma tak ditunjukkan di sini.

Insyaallah, ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi. Semoga anak2 tahfiz ini dikurniakan rezeki dan dilindungi Allah swt. Begitu juga Ust.Lina dan suami serta tuan tanahnya.







2 comments:

  1. Alhamdulillah..ada rezki jmput la datang lg thfiz kami yg x seberapa ini..terima kasih bnyk2 pd pihak pewani

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..ada rezki jmput la datang lg thfiz kami yg x seberapa ini..terima kasih bnyk2 pd pihak pewani

    ReplyDelete