Thursday, March 31, 2011

Sudah lama

Rasanya hampir sebulan tidak dapat mengisi ruangan ini. Semua mood hilang begitu saja. Dengan badan yang letih2, minda yg berkecamuk, rumah yg belum pecah bak tongkang lagi, seminggu cuti sekolah aku terperap dalam rumah. Semuanya anak2 dan suami perlu uruskan sendiri. Aku keluar hanya utk ke klinik. Sekali itu saja. lainnya..terbaring depan TV pagi petang siang malam.


Selepas sekolah buka, kakak pulang ke asrama. Angah dan Yah kena banyak membantu. Rasa mahu ke opis, tapi badan masih negatif. Paling lemah bila malam tiba. Gamaknya inilah padahnya bila usia meningkat ke senja. Sabar? Kalau tak sabar rasanya tak bertahan sampai hari ini.


Datang ke opis pun sudah tghari. Sekadar melihat apa yg perlu. Laptop pula masuk bengkel. Skrin rosak. Dah seminggu, alat ganti belum tiba. Adus...letih aku. Sabar..sabar..petang nanti pasti lemah badan lagi. Harap2 seminggu dua lagi sihat seperti biasa. Tak larat aku..

Monday, March 7, 2011

Maulidurrasul

5 Mac, taman perumahan aku buat sambuatn Maulidurrasul. Tugas aku train budak2 6-11 thn nasyid. Budak2 grup ni yg tak join mana2 grup. Sepatutnya 6-7 thn tapi ada yg besar nak join. Layan je la.

Hari sambutan, ada few competitions for children. Yang ini "menjawikan karangan tulisan rumi" utk 10-12 thn.

Tekun menulis jawi utk "tulisan jawi tercantik" bagi 8-9thn. utk 8 thn dapat kat Yah. Kertas tulisan dia aku tak jumpa pulak. Panel simpan kut.


Pulun menulis jawi. Utk 5,6,7 th apa lagi kalau tak mewarna.


Sebahagian kaum ibu. Tengah leka dengar CD Ust.Kazim on Keluarga 69 (depa ingat crita P.Ramlee), blackout la pulak satu taman. Adus..berpeluh sampai waktu zohor.


Bersiap utk pertunjukan fesyen muslim. Ini port utk make-up artis.


Bersedia tunggu giliran.


Sekian.


Petangnya, ada perarakan keliling taman.
Nasyid? Malam lepas maghrib. termasuk jamuan makan malam dan ceramah after Isyak. Aku tak pi sebab tak sihat. Minta tolong ibu2 yg ada tengok2kan anak buah aku. Alhamdulillah..semangat budak2 ni termasuk yg malu2 akhirnya mahu.








Kerja

Bila tak ada homework, Yah mula mencari kerja. Apa saja yang dia rasa nak buat.

Sedang tekun membaca SOLUSI. Ada dua ruangan feveret Yah. Sketsa di depan dan muka surat belakang yg member pengajaran. Sesuai utk budak Djh 2 macam Yah. Di sebelah tu kertas2 hasil kerja Yah utk beberapa hari.
"Nama: Sya... Kelas: 2 Intelek Daripada: Dalilah Mohd Azahar
Misi: Pastikan dapat 5A.
KAD ANTARA KITA ???? 5A"
"Ingat tau. Jagan bagi sapa-sapa tengok.. Pastikan dapat 5A. Kita boleh!!!! Yeay!


"Nama: H...N.... Kelas: 2 Intelek. Daripada: Dalilah Mohd Azahar
Misi: Jangan ponteng sekolah. 5A."