Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Cenderahati

Cenderahati ini sangat comel. I LIKE. Yah bawa balik dari kenduri kahwin saudara suami di KL. Dia ikut abah ke sana ambil mak tok. Tapi aku dapat rasakan bajet yg besar utk menyediakan cenderahati ini. Kenduri dibuat di dewan. Yah kata depa letak atas meja. Sapa nak ambil bole.

Bunga kekwa putih sudah lama layu selepas 4 hari disiram. Yang tinggal bekas putih sesuai utk pengumpul English collection. Pokok hijau ini masih bertahan. Aku sembur air setiap hari.

Comel kan?

Monday, December 12, 2011

Anak abah

Gambar masa sebelum dan selepas pantang. Ada serupa muka abah tak? Rasanya tak da langsung. Kalau nak sama pun batang hidung ja.

Ada kata Emad serupa:
1. Dalilah - hmmm tengok gambag Yah masa kecik memang sama kat pipi especially. Memang ada mirip Yah.
2. Angah - uihhh. Angah bulat lagi masa kecik.
3. Ahmadi (sepupu Emad)- memang sebijik masa Madi kecik2 dulu.

Dan baru2 ni jiran adik aku (ibu Ahmadi) kata Emad macam muka adik aku. Alahai..mana anak ibu ni? Apa2 pun ibu dah lenguh nak dukung Emad yg baru 67 hari. Mantap. Lenguh tangan ni nak dukung 5.5kg.

Wednesday, October 5, 2011

Mengkarung

Baru2 ni kakak call. Dia cakap ngan abah saja. Aku tak tahu apa dia tanya tapi aku tahu apa abahnya jawab.

Kakak: .....
Abah: Mengkarung? Macam cicak tu..cicak kubing..tapi besar sikit.
KakaK: .....
Abah: Kaki? Sakit?



Agaknya ni la lam kepala abah masa tu



(Kecik2 dulu natang ni banyak betul kat umah aku. Penah sekali aku tgh makan bihun dia terjun dari mana ntah jatuh atas peha aku. Eeeee..tak leh ku lupa. Penah juga aku nak tido, ada benda bunyi n gerak2 lam bantal aku. Bila ketuk natang ni yg keluag. Eeeeee)

Ibu: oooo..tarik mengkarung tu. Kaki dia cramp kut...
Abah: Kaki cramp tu..buh minyak la..
Kakak: Tak hilang pun (agaknya la)
Abah: sapu la minyak..slalu sat ja..gerak2 kaki

Angah: Mana leh gerak..dok diam ja la sampai hilang.




Thursday, April 14, 2011

Mengidam

Hmmm...seingat aku, aku tak pernah mengidam bila mengandung. Tapi...bila Kakak lahir 13 thn dulu, air liurnya selalu meleleh. Org kata kalau begitu, ibunya mengidam tak dapat masa pregnant. Ye ke? Ada bukti ke?

Bila tiba time Angah, aku selalu makan burger, pizza dan siakap sweet sour. Almost tiap minggu. Now, Angah suka makan semua tu. Hish...

Yah...yang ni aku tak ingat...8 thn dulu. Aku makan apa saja. Yang aku pasti ketiga3 anak aku amalkan minum soya. Org kata minum soya anak kulit putih. Alhamdulillah...semuanya kulit cerah tapi cerahnya berkurangan mula dari kakak (kerap minum), Angah (biasa2 saja minum) dan Yah (paling kurang minum). Yah kata dia putih susu...Ibu hitam...huhuhu...memang la ibu kulit gelap. Sebab tu ibu minum soya biar hampa kulit cerah...huhuhu

Tapi, kali ni...ini kandungan terakhir aku.Dan caesarian terakhir aku (kali ke-4). Aku tak ngidam apa2. Sebabnya...bila bangun pagi perut dan mulut aku ok lagi. Once aku minum atau makan, alahai...mulut dan perut mula tak selesa... Itu yg membuat aku down sentiasa. Nak makan pun tak de mood. Malam paling tak larat..aku tak lalu makan..bau makanan pun kekadang buat aku tak selesa... Aku cuba makan buah..pelam, limau, oren, anggur, epal dll..tapi keadaan serupa... Cuma satu aku rasa...kali ni kurang marah..darah panas aku pun ikut down...Alahai anak ibu...kau nak makan apa kecik lagi? Cuba bagitau ibu....boleh ibu suruh abah carikan.

Monday, April 11, 2011

Usia

Kenapa ye..lewat seminggu dah biasa tapi kali ni aku rasa lain macam saja lewatnya. Walau baru seminggu.

"Yang tak period lagi kan bulan ni?" suami menegur.

Sejak bila pula dia kisah. Sebelum ni tak pernah tanya pun. Dalam diam aku dah sediakan pregnancy test. Berdebar? Takut? Teruja? Semua tak..Risau ada.

Adussss....positif la pulak. Aku tak bersedia. Nak kata kisah aku tak kisah. Nak kata tak kisah, aku kisah. Suami orang ke-3 aku bagitau..hehehe

Orang pertama mak aku.

"Mak ingat hang tak mau mengandung dah."

"Memang la tak mau, tapi nak lekat nak wat camna."

"Seronoknya mak kalau hang dapat anak laki. Mak nak sangat."

Aik..mak aku lak yg seronok lebih.

Orang kedua, teman sebelah opis aku. Kenapa ye?

Lepas dua hari.

"Abg, dulu kan abang selalu doa nak anak lelaki kan? La ni dok doa lagi ka?"

"La ni tak doa dah le..nape? Yang ngandung ke?"

"Kalau ya?"

"Alhamdulillah..rezeki."

Dan hari2 berikutnya..semua orang suka..termasuk Angah yg dah lama tunggu adik (lelaki). Tahniah sana sini. Tapi aku?

Aku sebenarnya tak suka. Jahat ke aku? Kejam ke aku?

Bukan loya pun. Tapi bila minum dan makan, perut aku mula rasa semacam. Mulut pun rasa tak sedap. Semua jadi serba tak kena. Bau haruman semua jadi busuk. Ni yg aku tak tahan ni.

Fruitale yg wangi amat menyesakkan hidung. One-drop perfume dan sealiran dgnnya...ohh minta dijauhkan. Apa2 saja yg mempunyai haruman..jangan cuba dekati aku (seperti masa pregnant anak 1,2 & 3)! Telefon aku silent dah masuk minggu ke-3. Mood bersembang down. Membaca down. Boleh kata semuanya down.

"Kenapa Yang kali ni teruk lain macam je?"

"Kan Yang dah kata. Yang tak suka mengandung. So abang kena la tahan semua ni."

Aku dah kata...berkali2. Tapi benda nak jadi. Terima sajalah. Suamilah yg bilas/perah kain (mesin semi auto). Selalunya dia juga yg lipat kain. Aku tukang tengok...hehehe. Iron baju sendiri. Baju Yah Alhamdulillah Angah dah pandai iron. Masalahnya aku tak tahan bau baju di-iron. Huhuhu..

Dan hari ni usia kandungan hampir 3 bulan. Aku rasa lambatnyaaaaaaaaa nak tunggu bln 10. Dan aku masih tak selesa dgn keadaan ini dan masih cuba menghadapinya setelah 8 thn berlalu.

Saturday, February 5, 2011

ESQ

29-30 jan baru2 ini aku dan suami diberi kesempatan dan keluangan masa utk menghadiri ESQ training. Kami adalah angkatan ke 30. Kata kenalan ESQ, Roidah, "Wah..sesuailah..sama no dgn rumah akak". Hmm..tak perasana pulak. Penyampaian Bapak Firdaus dan bapak Dudi memang superb. isi kandungan Alhamdulillah... Malah kami menerima kunjunagn mufti dan mantan mufti Kedah. Mantan adalah panel syariah bagi ESQ. bagi yg berpeluang mengahdiri ESQ, hadirlah apabila diizinkan. Dapat menambah pengalaman dan ilmu serta belajar sesuatu yg baru.

Masih menunggu utk bermula

ada sesi bergambar

mana aku?

hari kedua, makin berkurang




Thursday, November 11, 2010

Mr Mama

Pernah nonton Mr.Mama? Sekarang dah Mr.Mama 3 di TV3 hari Rabu jam 10mlm. Cerita pasal si Badrul (Arash Mohammad) menjadi suri(sura?)rumah. Dia dah kahwin dgn majikannya (dulu dia jadi org gaji).


Sedang menonton aku bersuara.
"Nak tak kalau abah camtu?"
Anak2, "Nakkk.
Angah, "Best la..tiap2 hari bole breakfast."
Yah, "Suruh la abah menjahit. Macam mak Syafiqah. hehehe."
"Abis tu ibu kena pi keja la? Abah duk Rumah?"

Masing2 diam tak kata apa..senyum sengih je...
Apa la yang anak2 faham tentang kehidupan berumahtangga ni gamaknya?