Monday, January 30, 2012

Majalah

Ini majalah2 lama yg abah masih simpan. Lama????????? Aku pun belum wujud lagi di dunia ini. Kenapa abah simpan? Wallahualam. Aku mencari buku Maui (buku himpunan cerita2 dongeng yg sgt tebal dan dikhatam berulang kali masa aku sekolah rendah). Agaknya buku ini musnah masa banjir dulu. Sayang sekali. Cerita si Dogol? (Shahnon Ahmad juda tiada lagi...akibat banjir aku rasa)

DIAN...anak2 pasti tak mahu baca (aku pun tak pernah baca). Tulisan jawi sepenuhnya. Dian ini lahir thn 1967 dan 1970. Malah ada Dian thn 1962 juga! Sudah hampir 50 thn masih elok lagi. Ada yg mahu memilikinya?

MASTIKA. Di kiri lahir thn 1972. Sudah 40thn usianya. Masih elok. Dikanan 1997. Kenapa yg ini aku tak penah baca? Oooo aku di US masa tu.

Dan banyak lagi buku2 lama abah dlm kotak tu. Buku2 yg menggunakan ejaan lama. Apa akan jadi bila abah tak ada nanti? Siapa yg sanggup menyimpannya sepertimana abah simpan?






Bestnya Mancing

Angah n Yah cuti seminggu sempena Chinese New Year. Apa lagi...fishing la on Khamis n Jumaat.

Dengan sapa lagi kalau bukan mak, abah n sepupu aku Nan. Air memang kering banyak tapi masih ada lubuk2 atau lopak2 yg banyak ikan.



Hasil pertama haruan oleh mak.

Dulu airnya penuh. Di sini hasilnya tak seberapa tapi geram aku dgn ikan puyu yg menangkap dan curi umpan.

Di sini kami dah pegi dulu. Masa airnya penuh. sekarang sudah kering dan tiada ikan. Tapi lopaknya ada sprt foto di atas.



Hasil hari ni cuma beberapa puyu dan 2 haruan saja. Esok kena pegi lagi. Hari kedua kami ke Pmtg.Binjai pula waktu pagi. Hasil sungguh lumayan. Petang ke Sg.Pasir pula. Kurang lumayan.

Mencuci kaki yg terjatuh lam lumpur. Jatuh terduduk masa nak menyauk ikan. Habis seluar aku.



Akhirnya haruan ini dpt dikail. Best gila.

Esoknya operasi menyiang. Letih la sebab aku sorg. 45 ekor nak diketuk dan siang utk buat pekasam.



Cuci dgn daun serai utk buang lendir2 pada ikan. Akhirnya dicuci dgn air asam dan garam. Juga sabun basuh botol Emad supaya cepat hilang bau hanyir. Masukan dlm bekas pekasam sedia dlm yg mak buat. Sedia utk digoreng bila perlu. Yummyyyy.

Monday, January 16, 2012

Rumah Dr.M

Semasa bawa kakak outing/keluar Sabtu baru ni, kami berkesempatan melawat Rumah Kelahiran Dr.Mahathir Mohammad. Ia terletak berhampiran Maktab Mahmud dan Masjid Al-Gufran. Sangat mudah mencarinya.

Rumah kayu bercat putih. Dikelilingi oleh bagunan2 pameran, pentadbiran dan dewan. Rasanya ini adalah kawasan tanah yg didiami Dr.M sekeluarga dan saudara maranya.

Lihatlah dua sepupu ini. Hanani sentiasa mahu mengikut jika Dalilah ada. Mereka sama2 darjah 3 cuma di dua negeri berbeza, Kedah dan PP.

Ada notis merata2 tidak dibenarkan mengambil gambar di dlm bangunan. Tapi adik jaga di dlm rumah ni kata boleh. Mak dapat mengimbas kembali zaman dia muda2 dulu. Nostalgia.

Dewan pameran

Pameran

Kawasannya sgt bersih dan terjaga. Jika ini kawasan rumah aku, pasti seronok anak2 bermain. Masuk percuma!

Tuesday, January 10, 2012

All About My 1st Year

Buku ni saya jumpa masa melayari Beautifulnara. Harganya RM49.95. Cari di Hasani Carrefour n Popular Jusco tak ada. Cari online tak jumpa nak order. Aleh2 jumpa di Milkadeal. Harganya RM37.50. Apa lagi. Aku terus order 11 buah utk jabatan.

Ini hadiah utk Emad dari FSKM. Buku ni bagus kalau malas nak print utk album. Maklumlah zaman la zaman digital. Malas nak print. Inilah ganti album.

Nampak muka aku? sebabnya amik gambag ni tru webcam komputer. Adjust kiri kanan, nak tekan button lagi tu yg nampak ngendap tu.

Now dah isi hingga Emad 3 bulan. Utk rekod buku ni kena la rajin sikit up date. Tarikh pun kena tahu baru best nak isi.

Masih sempat lagi utk milestones Emad. Kalau tertinggal agak2 je la.

Wednesday, January 4, 2012

Fishing datang lagi.

Aktviti pertama tahun baru 2012. Setelah memendam rasa sejak mengandungkan dan melahirkan Emad Farras. Semalam tertunai jua di Sg. Petani. Auni tak join sebab dah selamat balik asrama hari sebelumnya. Emad? Hahaha...tinggal di nursery la.

Angah n Yah tak sabar2 nak fishing

mak n abah dah tentu join sekali

Umpan keridik

Perjalanan ke sini agak jauh tapi mendamaikan. Nak tak kalau pindah dok sini? Tiada internet, tak yah pi tesco, giant etc yg jauh? Angah ngan Yah diam...

Hasil hari ini. 35 puyu dan 2 haruan

Haruan sebesar tgn aku oleh mak yg terer fishing

Angah eksyen je tu ngan haruan. Takut sebab masih kodek (bergerak)

Nak fishing lagi kena cari time cuti tapi nursery buka utk tinggalkan Emad. Baru kita selesa dan Emad pun tido lena...