Friday, August 26, 2016
Buku: Footsteps
Wednesday, January 28, 2015
Ramlee Awang Murshid (RAM)

![]() |
| http://mybigpregnantlife.blogspot.com/2013/10/book-review-magis-by-ramlee-awang.html |

Habis Magis, aku sambung buku2 RAM yg Auni dah beli. Yah pun baca jugak sikit2. Angah ja belum. Jadi.. aku sambung dengan Sunan, Nanggroe Sang Kembara. Masa ni aku dah mula jatuh cinta dgn watak Laksamana Sunan.
Semua ni aku dah abis baca. Yang paling best bagi aku.. Cinta Sufi dan Sunan Musafir. Yang lain tu pun ok.

Lepas satu, satu aku baca. Fiksyen 302 menarik. 9 Nyawa dan Ungu Karmila bagi aku kurang mengancam. Aku bercerita pula.. ada 5 cerpen dalam tu. Yang paling best cerita Bunian. Memang terbaik sebab RAM sebab sesuatu yg menjadi kebiasaan diterbalikan cerita. Yah pun kata Bunian best. Yang lain tu biasa saja.

Bila kakak dengan trilogi Laksamanan Sunan, Yah pun suruh beli Trilogi Tombirio la pulak. Sapa yang dah abis baca? Aku la jugak. Bukan boleh ada buku cerita kat aku.

Tapi, sebelum khatam Tombirio, aku selesaikan Ranggau. Ingatkan is juga cerita Tombirio, rupanya tak ada kaitan pun. Cerita trilogi Tombirio memang best. Dah 16 buku aku baca. Dalam masa 3 bulan!
Monday, April 29, 2013
100 Kisah Kehidupan
Friday, June 8, 2012
Sallehuddin Al-Ayyubi
Thursday, May 24, 2012
Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu
Monday, April 23, 2012
Misi Iqra 3
Wednesday, February 8, 2012
Beli Jangan Tak Beli
Kali ni dia bantai cukup2. Yah saja RM96. Buku2nya buku latihan dan novel tulisan Aizam Aiman. Wah..ni kira hadiah birthday Yah la 14 Feb ni. Ibu tak payah beli music box la camni. Nasib baik Yah ok ja.
Ini kakak punya. Habis RM233 utk dia sorang. Kira hadiah birthday jugak, Yah kata. Buku latihan, satu novel dan dua kisah Uthman Affan dan Khalid Al-Walid.Monday, January 30, 2012
Majalah
DIAN...anak2 pasti tak mahu baca (aku pun tak pernah baca). Tulisan jawi sepenuhnya. Dian ini lahir thn 1967 dan 1970. Malah ada Dian thn 1962 juga! Sudah hampir 50 thn masih elok lagi. Ada yg mahu memilikinya?
MASTIKA. Di kiri lahir thn 1972. Sudah 40thn usianya. Masih elok. Dikanan 1997. Kenapa yg ini aku tak penah baca? Oooo aku di US masa tu.Dan banyak lagi buku2 lama abah dlm kotak tu. Buku2 yg menggunakan ejaan lama. Apa akan jadi bila abah tak ada nanti? Siapa yg sanggup menyimpannya sepertimana abah simpan?
Tuesday, January 10, 2012
All About My 1st Year
Ini hadiah utk Emad dari FSKM. Buku ni bagus kalau malas nak print utk album. Maklumlah zaman la zaman digital. Malas nak print. Inilah ganti album.
Nampak muka aku? sebabnya amik gambag ni tru webcam komputer. Adjust kiri kanan, nak tekan button lagi tu yg nampak ngendap tu.
Now dah isi hingga Emad 3 bulan. Utk rekod buku ni kena la rajin sikit up date. Tarikh pun kena tahu baru best nak isi.
Masih sempat lagi utk milestones Emad. Kalau tertinggal agak2 je la.
Thursday, May 26, 2011
Secangkir teh


Bagi peminat2 buku atau meminati penulisnya, boleh la cuba membaca.
Monday, January 24, 2011
I love you too!
"Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu! Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan."

Tuesday, January 18, 2011
My Angel
Agak2nya siapa angel anak2 kita? Adakah mereka juga berangan2 mencari angel mereka sendiri? Sudah jumpakah atau belum? Cuba tanya anak2 kita..
Dan bagi Atiq Wazif, angelnya ada di mana2. Buku ini aku baca 3-4 thn lepas. Kisah yg amat menyentuh perasaan.
"Atiq Wazif tidak diberikan harapan untuk hidup sempurna. Empat tahun pertama kehidupan, dia terbaring lesu, ototnya beku dan dia hanya mampu minum susu. Tubuhnya menampakkan tulang selangka, tulang lengan, dan tulang kering. Tiada tawa riang, tiada lompat girang, tiada butiran kata. Siang malam menanggung kesakitan. Tujuh pakar perubatan terbaik negara mengatakan “Jangan Mengharap”. Pelbagai ujian diagnosis gagal mengesan punca penyakitnya. Ada doktor yang memberikan sedikit harapan, namun sekadar bersopan untuk meredakan kegusaran.
Terdesak mengejar masa, bapanya membawa Wazif mengembara merentasi benua dan lautan samudera. Dari Kuala Lumpur ke Negeri China, Korea, Arab Saudi seterusnya ke Amerika. Kembara Atiq Wazif- SATU ANUGERAH disulami kisah suka-duka yang mewarnai hubungan kekeluargaan. Cerita cinta suami isteri, hubungan bapa dan anak, juga ibu dan anak. Jatuh bangun membina kerohanian yang mantap, serta mencari kehidupan yang Allah redhai. Kisah alam mistik perubatan Melayu turut melatari anekdot tangisan dalam tawa, suka dalam duka, susah dan senang yang diharungi bersama…"
Monday, December 20, 2010
Buku5
MaYan-kisah di negara China yang telah dialih bahasa ke pelbagai bahasa. Perjuangan seorang anak perempuan yg mahu ke sekolah. Sanggup menahan lapar dan mengalas perut dgn semangkuk nasi kosong demi membeli sebatang pen yang diidamkan. Cerita menarik cuma aku aku rasa agak perlahan jalan ceritanya. 4 hari utk habiskan satu buku yg nipis. Baca di sini.
Buku ini aku habiskan sehari semalam. Menarik dan amat sesuai utk anak2 remaja sebagai pengajaran. 3 rakan berkawan sejak tadika tapi terpisah di alam remaja. Masing2 membawa msalah dan haluan sendiri. Fazli dan Shukri mencapai kejayaan meninggalkan Amirul membawa diri. Tapi kasih sahabat sejati tak terpadam di sanuri mereka bertiga. Baca di sini.


























